Gara-gara rambutnya yang nampak tidak terurus, pelakon Sherry Ibrahim teruk dikritik dan digelar hantu mak Limah oleh netizen.

Sherry yang hadir bersama kekasih hatinya Fattah Amin di majlis Anugerah MeleTOP pada Ahad lalu menjadi tumpuan di laman sosial apabila rambut palsu yang dipakai dikatakan tidak sesuai dengan wajah aktres itu.

Disebebakan penampilannya itu, Sherry telah menerima banyak komen negatif yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan gayanya pada malam tersebut.

Ada juga yang meluahkan rasa kecewa dan menganggap Sherry tidak pandai menjaga penampilan untuk nampak cantik di sisi Fattah Amin.

Bagaimanapun, Sherry mengambil langkah untuk bersikap profesional dengan tidak mempedulikan komen-komen tersebut.