Ya Allah! Terperanjat besar Miss K bila dapat tahu tentang seorang pelakon popular yang cuba menghasut pereka baju perkahwinan Anzalna Nasir, Teuku Putra Aziz atau Cosry.

Yelah, siapa sangka berbekalkan paras yang cantik menawan, perwatakan lemah lembut rupanya terselit perangai hasad dengki dan cuba mensabotaj rakan sendiri.

Ada hamba Allah datang bisik di telinga Miss K dan telah membongkar perangai sebenar pelakon yang cantik berambut hitam lebat itu.

Dengar kata, pelakon popular tersebut tanpa berselindung menghasut pihak Cosry supaya mereka baju perkahwinan Anzalna dengan konsep 'ala-ala' sahaja.

Kata hamba Allah itu, tujuan pelakon cantik itu berkata demikian kepada si pereka fesyen kerana tak mahu Anzalna nampak vass meletup di majlis persandingannya.

Konsep tak nak kalahlah kiranya ni... Ye lah, masa dia kahwin dulu ramai orang memuji busana pengantinnya yang paling cantik dan outstanding berbanding artis lain.

Disebabkan tak mahu takhta ‘Wedding Dress of The Century’ dirampas oleh Anzalna, tanpa segan silu si pelakon cantik ini sanggup menyuruh pereka busana pengantin Anzalna membuat dress yang biasa-biasa sahaja.

Tapi tuhan maha berkuasa, baju rekaan Cosry untuk Anzalna dapat perhatian dan pujian ramai sehingga Miss K sendiri rasa iri hati!

Bayangkan timeline FB dipenuhi dengan status memuji wedding dress resepsi Anzalna Nasir ala-ala Barbie Mariposa, butterfly fairy yang memukau!

Agaknya si pelakon cantik berhati busuk ni terus nangis tarik-tarik rambut bila tengok gambar-gambar cantik menawan majlis resepsi Anzalna.

Apa pun, Miss K mengharapkan artis-artis lain tidak berperangai seperti di pelakon cantik ni. Industri kita ini kecil saja, pusing-pusing nanti dekat situ juga. Ada je orang yang akan menyampaikan. Betul tak?


Miss K: Boleh tahan juga single terbaru kumpulan Radja, Setia.

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!

Kredit foto: Instagram @anzalnanasir88 / @mangotouch