Satu-satunya peserta solo di Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016), Rayza Mukmin menjelaskan dia mengambil pendekatan untuk tidak membaca komen atau kritikan peminat di media sosial.

Menurut Razya atau nama sebenarnya Mohd Rizal Fahmi, dia tidak mahu teguran ‘pedas’ peminat menganggu fokus dan persembahannya di pentas MLM 2016.

“Saya sudah lama tidak buka atau baca apa-apa di media sosial. Orang kata ‘Ignorance is bliss’. Jadi saya ambil pendekatan untuk tidak membaca komen atau kritikan peminat MLM 2016 di media sosial.

“Biar saya relaks dan tidak tahu apa-apa pun yang berlaku pun di media sosial yang cuba menilai persembahan saya di MLM,” katanya kepada Astro Gempak.

Rayza berkata, dia hanya menerima pandangan dan kritikan membina oleh rakan-rakan yang mengikuti perkembangannya di MLM 2016.

“Saya hanya baca komen rakan-rakan di Facebook dan Twitter sebab mereka tidak kritik yang bukan-bukan dan teguran mereka banyak membantu saya. Saya memilih untuk mengedahkan perkara-perkara seperti ini,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa mengambil keputusan drastik untuk memantau segala komen dan teguran peminat dan penonton di medial sosial.

“Saya fikir kalau teguran terlalu teruk sangat, buat saya lagi ‘down’ dan risau sekiranya pujian terlalu tinggi sangat buat jadi lagi riak. Lagipun saya bukan seorang yang suka melayari media sosial sepanjang masa,” katanya.

Dalam pada itu, Rayza mengakui keputusan juri memberi meter ‘lima ha’ memberi tekanan buat dirinya untuk lakukan lebih baik untuk minggu hadapan.

“Sesuatu yang sangat mencabar apabila saya dapat ‘lima ha’ di minggu keenam. Saya kena lakukan sesuatu yang lebih bagus dan jadikan ianya sebagai satu semangat untuk buat yang terbaik.

“Sebab peminat dan juri percaya dengan persembahan saya jadi tidak mahu buat mereka semua kecewa,” katanya.

Minggu keenam Maharaja Lawak Mega 2016 menyaksikan kumpulan Bos yang dianggotai oleh Ajo, Bos dan Ezad Lazim tersingkir selepas menerima undian terendah dikalangan tiga tercorot.

Maharaja Lawak Mega 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info lanjut.

Teks Oleh: Khalid Rahman