Pakai Baju Jarang, Adik Neelofa Dilabel Attention Seeker

7 Mac 2016. 12.43 PM
28,407
Hiburan
Pakai Baju Jarang, Adik Neelofa Dilabel Attention Seeker

Selepas isu sekolah kerajaan, adik kepada pelakon dan pengacara Neelofa, Ameera sekali lagi menjadi perhatian selepas memuat naik fotonya memakai baju jarang.

Menerusi ruangan komen pada dua foto yang dimuat naik menerusi akaun Instagram(IG)nya pada Ahad, menunjukkan banyak komen negatif yang diterima olehnya.

Rata-ratanya tidak berpuas hati dengan  tindakan Ameera yang mendedahkan foto tersebut kerana tidak bersesuaian dengan imejnya sebagai wanita bertudung.

Lebih-lebih lagi selepas isunya yang membandingkan sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa menjadi viral sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap orang ramai.

Disebabkan itu juga, ramai yang melabelkan Ameera sebagai attention seeker kerana perwatakannya jauh berbeza dengan kakaknya, Neelofa.

Tidak kurang juga ada yang menasihati Ameera supaya memadamkan foto tersebut sekiranya tidak mahu terus menerima kritikan.

Ameera bagaimanapun tidak memberikan sebarang respon terhadap perkara tersebut.








Artikel Berkaitan