Pink Selar Tindakan Foto Bogel Kim Kardashian

10 Mac 2016. 12.23 PM
23,772
Hiburan
Pink Selar Tindakan Foto Bogel Kim Kardashian

Penyanyi popular antarabangsa, Pink menyelar tindakan bintang program realiti TV, Kim Kardashian memuat naik foto bogelnya di Instagram.

Menurut penyanyi berusia 36 tahun itu, Kim K tidak perlu berselfie bogel untuk mengingatkan peminatnya tentang sambutan ‘Hari Wanita Sedunia’ yang disambut pada 8 Mac setiap tahun.

“Peringatan kepada semua wanita diseluruh dunia gunakan akal fikiran, kekuatan, etika kerja, bakat dan kelebihan yang dimiliki sebaik yang mungkin.

“Untuk seketika, anda akan rasa sesuatu yang bermakna daripada merasai keseronokan yang seketika akibat sikap mahukan perhatian, itu yang dinamakan rasa bangga dan maruah diri.

“Teruskan menjadi contoh yang tidak baik kepada generasi muda. Anda tidak perlu memberi alasan bodoh untuk diri sendiri.  Anda berhak untuk untuk berkongsi pendapat atau perasaan dan saya sedia mendengarnya tetapi sama sekali tidak akan mengubah pendirian saya,” kata Pink.

Selain itu, pelakon Chloe Moretz turut meluahkan rasa kecewanya mengenai foto bogel Kim K di akaun Twitternya.

“Saya benar-benar berharap anda sedar apa matlamat utama wanita muda, mengajar mereka sesuatu yang berguna lebih baik daripada sekadar menawarkan badan kita,” tegur Chloe.

Dua hari lalu Kim Kardashian telah memuat naik dua foto bogel sempena samburan Hari Wanita Sedunia di laman Instagram dengan kapsyen “When you're like I have nothing to wear LOL”, “#Liberated”.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber Oleh: Daily Mail, OK! UK


Artikel Berkaitan


Komen