Persembahan Bagus, Enjen Kecewa Masih Dihentam Penonton MLM 2016

11 Mac 2016. 12.17 PM
6,887
Zon Lawak
Persembahan Bagus, Enjen Kecewa Masih Dihentam Penonton MLM 2016

Kumpulan Enjen menjelaskan secara peribadi sangat kecewa dengan penonton dan peminat program Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016).

Menurut Enjen yang dianggotai oleh Raja Azri, Acong dan Yus, mereka sering dihentam pengikut media sosial walaupun mendapat meter ‘empat ha’ dan tampil dengan persembahan yang baik.

“Bila kami dapat ‘empat ha’ pun masih dikritik oleh pengikut di media sosial. Bukan kumpulan Enjen sahaja, malah pelawak-pelawak yang lain juga turut merasakan benda yang sama. Apa pun kami tidak mahu ambil berat tentang perkara ini dan buat yang terbaik setiap minggu,” ujar kumpulan Enjen kepada Astro Gempak.

Jelas Enjen lagi, penat lelah mereka memikirkan idea persembahan yang menarik akhirnya terbalas juga selepas pihak juri memberi ‘lima ha’ di minggu keenam MLM 2016.

“Kami bekerja tiga kali ganda minggu yang lalu untuk fikir persembahan minggu keenam. Rasa berbaloi apabila penat kami selama seminggu ini dihargai oleh penonton dan pihak juri. Kami tidak bersenang –lenang kerana Enjen tidak mempunyai pengikut yang sangat kuat seperti kumpulan Joras, LOL dan Bocey,” kata Enjen.

Dalam pada itu, Enjen mengakui skor ‘lima ha’ yang diperolehi memberi dorongan kepada mereka untuk bekerja lebih kuat untuk terus kekal sehingga pentas akhir MLM 2016.

“Kami cuba perbaiki persembahan untuk pastikan terus diterima oleh pihak juri dan penonton. Ini satu motivasi kepada kumpulan Enjen untuk terus berusaha dan tampil dengan idea persembahan yang lebih menarik.

“Tapi kami tidak boleh janji apa-apa yang bagus untuk para penonton kerana lawak ada pasang surutnya,” jelas mereka mengakhiri perbualan.

Minggu keenam Maharaja Lawak Mega 2016 menyaksikan kumpulan Bos yang dianggotai oleh Ajo, Bos dan Ezad Lazim tersingkir selepas menerima undian terendah dikalangan tiga tercorot.

Para peserta bakal diuji dengan tema yang lebih menarik dan mencabar iaitu Muzikal di minggu ketujuh.

Maharaja Lawak Mega 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Layari www.maharajalawakmega.com.my  untuk info lanjut.

Teks Oleh: Khalid Rahman

 <object classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" id="player-element" width="512" height="288" codebase="http://fpdownload.macromedia.com/get/flashplayer/current/swflash.cab"><param name="movie" value="http://static.movideo.com/flash/movideo_player.swf" /><param name="quality" value="high" /><param name="bgcolor" value="#000000" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="wmode" value="window" /><param name="flashVars" value="apiKey=movideoZonLawak&alias=flashApp&playerId=movideoZonLawak_flashApp_1457670979522&mediaId=1469600"/><embed src="http://static.movideo.com/flash/movideo_player.swf" quality="high" bgcolor="#000000" width="512" height="288" name="player-element" align="middle" play="true" loop="false" quality="high" allowScriptAccess="always" allowFullScreen="true" type="application/x-shockwave-flash" wmode="window" pluginspage="http://www.adobe.com/go/getflashplayer" flashVars="apiKey=movideoZonLawak&alias=flashApp&playerId=movideoZonLawak_flashApp_1457670979522&mediaId=1469600"></embed></object>


Artikel Berkaitan


Komen