Projek Bliss Transformasi Diriku, sebuah siri realiti baru diterbitkan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk menjaga kesejahteraan diri dengan memelihara kesihatan sistem penghadaman yang baik.

Projek Bliss Transformasi Diriku diinspirasikan oleh personaliti popular YouTube Malaysia, Daiyan Trisha dengan membawa mesej yang menekankan tentang kecantikan bermula dari dalam.

Daiyan telah tampil mendedahkan wajahnya yang sebenar dengan menanggalkan solekan di hadapan kamera dalam sebuah pengakuan berbentuk video log yang dirakam secara kandid.

Video log tersebut telah menjadi viral dan mencetus pelbagai reaksi hingga menarik minat pelakon, model dan pengacara TV tempatan, Siti Saleha untuk bekerjasama dengan NESTLÉ® BLISS®.

Menurut Saleha, video Daiyan sangat menyentuh perasaan dan jujur serta membuatkan semua orang terfikir tentang sejauh pemahaman masing-masing terhadap tubuh mereka sendiri.

“Selain memahami tubuh kita sendiri, video tersebut juga membuatkan saya terfikir tentang apa yang kita boleh lakukan untuk mengubah penampilan dan perasaan kita.

“Projek Bliss Transformasi Diriku membuka peluang untuk kita meyerlahkan sisi diri yang terbaik, bermula dari dalam ke luar,” katanya.

Selain bertindak sebagai hos, Saleha turut berperanan sebagai Kak Long dan Mentor Keyakinan yang akan memberi panduan berkaitan kecantikan luaran dan keyakinan diri.

“Kecantikan luaran boleh dicapai melalui penghadaman yang sihat,” ujarnya.

Sementara itu Pengurus Eksekutif Perniagaan bahagian produk Tenusu Dingin Nestle Malaysia, Wilfrid Foo berkata, Projek Bliss Transformasi Diriku merupakan sebuah landasan yang positif untuk menampilkan manfaat daripada pemeliharaan sistem penghadaman yang sihat.

Projek Bliss Transformasi Diriku turut mencari Bintang Bliss yang berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM77,000 termasuk hadiah utama berupa percutian untuk dua orang ke Paris.

Program ini diterbitkan oleh Astro Radio dengan kerjasama NESTLÉ® BLISS® dan bakal disiarkan di portal digital Astro Gempak pada Mei 2016.

Borang penyertaan boleh dihantar secara pos, online atau semasa pameran bergerak (roadshow) Projek Bliss Transformasi Diriku yang akan diadakan di seluruh negara.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Mac 2016.

Minuman kegemaran seisi keluarga, Yogurt NESTLÉ® BLISS®, membantu memelihara sistem penghadaman dan gaya hidup yang sihat, membolehkan anda bersinar secara dalaman dan luaran.

Maklumat lanjut mengenai Projek Bliss Transformasi Diriku boleh didapati di http://projekbliss.com.my