Kami Sudah Jangka Akan Tersingkir– Cham

12 Mac 2016. 10.29 AM
14,254
Zon Lawak
Kami Sudah Jangka Akan Tersingkir– Cham

Kumpulan Cham sudah menjangkakan mereka akan tersingkir di minggu ketujuh Program Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016).

Cham yang dianggotai oleh Along dan Azrul berkata, mereka tahu penyingkiran kumpulan bos menjadi pertikaian ramai pihak pada minggu lalu.

“Kami dah buat sebaik yang mungkin untuk minggu ketujuh dan kami tahu sejak minggu lalu ramai yang persoalkan mengapa kumpulan Bos tersingkir, bukan Cham.

“Sejujurnya kami memang sudah jangka akan tersingkir minggu ini dan bukan rezeki kami untuk terus kekal di pentas MLM 2016,” kata Cham kepada Astro Gempak.

Bagaimanapun menurut Cham, penyingkiran mereka bermaruah kerana meninggalkan pentas MLM 2016 dengan 'Empat Ha’.

“Cham tersingkir dengan bermaruah kerana terima ‘Empat Ha’ akhirnya dan berjaya menghiburkan para penonton. Kami berdua tidak rasa menyesal langsung apabila tersingkir di minggu muzikal," ujar mereka.

Cham turut mengakui kurang keserasian menjadi punca utama mereka tersingkir.

“Masalah utama kami ialah keserasian. Sudah lapan tahun Cham tidak pernah menyertai sebarang program realiti komedi bersama.

“Sebenarnya Cham sudah dapat rentak pada minggu kami buat “Double Stand Up Comedy” tetapi minggu lalu apabila kami cuba mengetengahkan idea yang baru,  tidak menjadi pula.

“Tetapi apabila juri beri komen positif untuk persembahan kami minggu ini sekurang-kurangnya idea kami boleh diterima,” tambah Cham.

Dalam pada itu, Along dan Azrul menolak kemungkinan untuk menjemput mana-mana pelawak untuk menyertai kumpulan Cham kerana lebih selesa bergerak secara duo.

“Cham tidak akan ada pertambahan ahli jika kami menyertai program MLM untuk edisi akan datang kerana itu memang prinsip kami,” kata mereka.

Minggu muzikal MLM 2016 menyaksikan kumpulan Cham, Puteh dan Enjen berada di 'bottom three' sebelum penyingkiran diumumkan.

Maharaja Lawak Mega 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Layari www.maharajalawakmega.com.my  untuk info lanjut.

Teks Oleh: Khalid Rahman

<object classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" id="player-element" width="512" height="288" codebase="http://fpdownload.macromedia.com/get/flashplayer/current/swflash.cab"><param name="movie" value="http://static.movideo.com/flash/movideo_player.swf" /><param name="quality" value="high" /><param name="bgcolor" value="#000000" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="wmode" value="window" /><param name="flashVars" value="apiKey=movideoZonLawak&alias=flashApp&playerId=movideoZonLawak_flashApp_1457749820030&mediaId=1472518"/><embed src="http://static.movideo.com/flash/movideo_player.swf" quality="high" bgcolor="#000000" width="512" height="288" name="player-element" align="middle" play="true" loop="false" quality="high" allowScriptAccess="always" allowFullScreen="true" type="application/x-shockwave-flash" wmode="window" pluginspage="http://www.adobe.com/go/getflashplayer" flashVars="apiKey=movideoZonLawak&alias=flashApp&playerId=movideoZonLawak_flashApp_1457749820030&mediaId=1472518"></embed></object>



Artikel Berkaitan


Komen