Mia Sara Perjelas Caliph Kids Bukan Produk Larangan JAKIM

13 Mac 2016. 12.32 PM
24,620
Hiburan
Mia Sara Perjelas Caliph Kids Bukan Produk Larangan JAKIM

Pelakon cilik Mia Sara mengaku dihujani pelbagai pertanyaan apabila ramai menyangka produk kesihatan yang menampilkan dia sebagai duta termasuk dalam larangan JAKIM.

Semuanya gara-gara gambar produk Caliph Kids Supplement telah digunakan dalam artikel produk larangan JAKIM di sebuah akhbar harian minggu lalu.

"Saya terkejut apabila ramai yang bertanya tentang Caliph Kids Supplement di laman sosial, mereka ingin tahu adakah produk yang dimaksudkan oleh akhbar berkenaan dalam berita.

"Pengusaha keliru larangan Jakim' merupakan produk Caliph Supplement.

"Biarpun sekadar gambar hiasan namun sedikit sebanyak orang terkeliru dan menganggap produk itu antara yang dilarang oleh Jakim," ujarnya seperti yang dilapor mStar Online.

Tambah Mia, dia meminta peminat-peminatnya yang merupakan pelanggan tetap produk tersebut tidak mudah melatah dan membaca keseluruhan artikel berkenaan.

"Saya faham artikel itu bukan bermaksud memburukkan Caliph, namun tajuk dan gambar yang dipaparkan membuatkan pembaca terkeliru," katanya.

Sementara itu, pengarah Urusan Raffelinna Sdn Bhd Muhammad Rafi’e Ramli mengakui walaupun gambar hiasan tersebut telah mengkaburkan jenama Caliph Kids Supplement namun ia tetap memberi impak negatif terhadap produk berkenaan.

“Gambar hiasan yang menggunakan produk Caliph pada artikel berkenaan beserta tajuk yang mengelirukan mengundang pelbagai persoalan daripada  pihak pengguna.

“Saya mahu menegaskan bahawa Caliph Kids Supplement – The Kids Expert mempunyai pengesahan dan sijil pengiktirafan Halal daripada pihak JAKIM,” ujarnya.

Malah Rafi’e menegaskan pihaknya juga tidak pernah menjual nama Islam dalam produk yang dihasilkan mahupun dibacakan 30 juzuk atau surah ruqyah seperti segelintir produk lain.

Terdahulu, terdapat kenyataan tentang Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang meminta pihak JAKIM mengkaji semula larangan penggunaan ayat ruqyah dan makanan sunnah.

Menerusi artikel berkenaan, gambar produk Jus Caliph Kids Suplement turut dipaparkan sebagai gambar hiasan.

Sumber:mStar Online


Artikel Berkaitan


Komen