14 Perkara Menarik Sepanjang Konsert EXO Di Malaysia

14 Mac 2016. 1.40 PM
34,675
Hiburan
14 Perkara Menarik Sepanjang Konsert EXO Di Malaysia

Kehadiran kumpulan K-Pop terkenal EXO di Malaysia untuk konsert jelajah EXO Planet #2: The EXO'luXion Sabtu lalu telah disambut meriah oleh para peminatnya.

Kedatangan EXO yang dianggotai oleh sembilan anak muda berbakat iaitu Suho, Baekhyun, Lay, Kai, Sehun, Chanyeol, D.O, Xiumin dan Chen sememangnya ditunggu-tunggu oleh EXO-L (gelaran peminat) sejak hari pertama pengumuman mengenai acara ini di hebahkan.

Khas buat peminat EXO, Astro Gempak kongsikan beberapa perkara menarik berlaku sepanjang konsert tersebut berlangsung:

1.Hashtag #EXOluXioninMalaysia mula trending sebaik sahaja peminat mendapat tahu EXO telah sampai ke lapangan terbang Incheon, Korea untuk berlepas ke Malaysia sehinggalah hari terakhir mereka berada di sini.

2. Konsert dijadualkan bermula pada jam 8.00 malam, namun majoriti peminat datang awal dan menunggu dengan sabar untuk bertemu idola kesayangan mereka.

3. Peminat EXO yang beragama Islam tidak lupa untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan melakukan solat sebelum memasuki Stadium Merdeka. (Cayalah korang!)



4. Disebabkan jadualnya yang padat, anggota kumpulan EXO, Lay tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Sabtu pagi dan disambut meriah oleh peminatnya. Menurut peminat, Lay kelihatan agak letih.

5. Lay hampir terjatuh sebanyak dua kali ketika berjalan menuju ke pintu keluar KLIA2 akibat dihimpit puluhan peminat yang teruja untuk melihatnya dengan lebih dekat.

6. Sewaktu konsert berlangsung, peminat memberikan hadiah istimewa kepada Xiumin dengan menyanyikan lagu happy birthday, Xiumin yang terkejut kejadian tersebut tersenyum dan bertepuk tangan sehingga lagu tersebut habis dinyanyikan.

7. Risau dengan keadaan peminat, ketua kumpulan EXO, Suho tidak lupa memberi peringatan kepada peminatnya supaya minum air dengan banyak memandangkan cuaca agak panas.

8. “Disebabkan cuaca di sini agak panas, saya ingin membawa kamu semua ke Seoul kerana di sana cuacanya sejuk. Tapi anda semua pasti akan rindukan Malaysia pula,” kata Suho bergurau. Peminat kemudiannya membalas “Aniyo” yang bermaksud tidak.



9. Ada diantara peminat mengalirkan air mata kerana tidak percaya dapat melihat idola kesayangan mereka membuat persembahan di Malaysia.

10. Selain itu, EXO juga turut memberikan buah tangan kepada peminat di mana mereka membaling beberapa tuala yang digunakan telah digunakan kepada peminat. (Apa lagi berebutlah EXO-L).

11. Takut juga melihat aksi beberapa peminat yang berebut untuk menyambut tuala yang dibaling. Fuh! rasa macam tengok orang bergusti pun ada jugak.

12. Cuaca yang panas membuatkan Kai mengambil dua botol air mineral sejuk dan menghalakan botol tersebut ke pipinya.



13. Dikenali sebagai seorang yang sangat aktif, Baekhyun bagaimanapun tidak banyak bercakap namun tetap berjaya mencuit hati penonton dengan telatah lucunya sepanjang konsert tersebut.

14. Sehingga kini peminat masih lagi tak boleh move on dengan konsert EXO Planet #2: The EXO'luXion. (Bertabahlah EXO-L)

Kredit Foto: Instagram / Twitter



















Artikel Berkaitan


Komen