Brooklyn Bekcham Bercinta Dengan Model Kelahiran Paris

14 Mac 2016. 3.41 PM
26,592
Hiburan
Brooklyn Bekcham Bercinta Dengan Model Kelahiran Paris

Anak sulung pasangan David dan Victoria Bechkam, Brookyln dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan model kelahiran Paris, Sonia Ben Ammar.

Menurut laporan Daily Mail, pasangan ini menghabiskan masa bersama di Taman Tema Disneyland, California sewaktu sambutan hari jadi Brooklyn yang ke-17.

Walaupun tiba dengan beberapa orang rakan yang lain, mereka berdua mengambil keputusan berpecah  daripada kumpulan tersebut dan mengambil peluang untuk  bersiar-siar.

Mengukuhkan lagi dakwaan mereka sedang hangat bercinta apabila Sonia tanpa rasa kekok meletakkan lengannya di atas bahu Brooklyn ketika bersiar-siar di taman tema.

Sonia yang juga merupakan anak kepada pasangan Beata dan Tarak Ben Ammar, penerbit filem terkenal kelahiran Tunisnia yang pernah menerbitkan filem Life of Brian serta The Passion of the Christ.

Selain pernah muncul dalam filem Perancis berjudul, Jappeloup, Sonia turut aktif dalam dunia peragawan.

Brooklyn dan Sonia bertemu sewaktu sambutan tahun baru 2015 di Malvides.

Olahan Semula: Khalid Rahman


Artikel Berkaitan


Komen