Pelawak Ajak Shiro menunaikan hajat seorang kanak-kanak yang menghidap sakit leukemia untuk bertemu dengan Ultraman.

Permintaan kanak-kanak yang bernama Hafiq Qayyum untuk bertemu dengan adiwira itu telah menjadi viral di laman sosial.

Menerusi kemaskini Instagram Ajak, penyampai radio Hot FM itu bersama dengan sekumpulan jejaka yang menamakan kumpulan mereka sebagai Ultraman Cosplay Legacy telah bertemu dengan Qayyum petang semalam untuk merealisasikan impiannya.


Dapat gak abang2 Ultraman sampai hajat si adik Qayyum.. Semoga adik cepat sembuh.. Untuk abang2 Ultraman yang lain tu pandu kereta elok2.. Semoga sampai ke Johor dengan selamat... Jiwa kamu semua sangat murni❤️❤️❤️ #Qayyum #Bean #KanserDarah #YuYum #Ultraman #sayaajakdansayatidaksombong

A video posted by @ajakshiro on



Mendoakan agar Qayyum cepat sembuh dan dapat melawan penyakitnya, Ajak juga sempat berterima kasih kepada jejaka-jejaka dari Ultraman Cosplay Legacy kerana membantunya menunaikan permintaan Qayyum.

Sebelum ini, permintaan Qayyum juga telah mendapat perhatian seorang pemilik kostum Ultraman, Alan Mark. Alan telah bertemu dan sempat meluangkan masa bersama Qayyum pada Jumaat lalu.




Kredit foto: Instagram Ajak Shiro, Hot FM dan Facebook Alan Mark.

Teks oleh: Kamaruddin Razal.