Fathia Latiff Nafi Bakal Bernikah Dengan Baim Wong

15 Mac 2016. 1.35 PM
40,348
Hiburan
Fathia Latiff Nafi Bakal Bernikah Dengan Baim Wong

Pelakon Fathia Latiff menafikan yang dia bakal menikahi aktor terkenal Indonesia, Baim Wong pada tahun hadapan.

Menerusi kemaskini terbaru laman Instagram milik Fathia, pelakon drama bersiri Plan Cinta Tak Jadi itu memuatnaik paparan skrin berita yang disiarkan di sebuah laman blog dan menyangkal dakwaan tersebut.

Not true. Next time tanya dulu please. Tak baik sebarkan fitnah. Moga Allah lindungi kita semua dari fitnah. Amin,” tulis Fathia ringkas.

Menurut laporan blog tersebut, sebuah penerbitan ternama di Indonesia milik MNC Media, Okezone telah memetik kata kata Baim Wong yang mengatakan dia bakal bernikah dengan gadis pilihannya sekitar tahun hadapan.

Artikel yang dikeluarkan pada Februari lalu itu turut memuatkan sekeping gambar Baim bersama Fathia yang didakwa media tersebut sebagai bakal isteri Baim. Gambar itu juga didakwa diberi sendiri oleh Baim.

Sekitar dua bulan lalu, Fathia bersama Baim dan rakan-rakan artis lain seperti Remy Ishak, Syarul Ridzwan, Juliana Evans dan Nora Danish berlepas ke New York bagi menjalani penggambaran drama arahan sutradara Erma Fatima.

Sebelum ini, Baim pernah dikaitkan dengan pelakon Elfira Loy. Namun begitu, mereka senang menggelarkan hubungan yang terjalin sebagai teman rapat sahaja. Fathia pula kini kembali solo setelah putus cinta dengan aktor Aiman Hakim Ridza beberapa bulan lalu.


Artikel Berkaitan


Komen