Gara-gara Tweet ‘pedas’ kepada peserta solo Rayza Mukmin di Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016), Sharnaaz Ahmad dihentam netizen di Twitter.

Rata-rata daripada mereka tidak bersetuju dengan Tweet Sharnaaz yang dilihat terlalu lantang mengkritik persembahan Rayza Mukmin dan menganggap persembahan peserta solo itu terlalu biasa.

Sharnaaz turut meminta Rayza untuk melakukan kelainan dalam persembahannya.

Akibat daripada tweet tersebut, ada di antara peminat Rayza memerli Sharnaaz sehingga melibatkan bentuk badan pelakon kelahiran Pulau Pinang itu.

“Nak lain macam mana? Nak suruh dia buka baju atas stage tunjuk sado ke? Oo ok.”

“Ni apa masalah kau kau sebenarnya dengan Rayza ni? Dari dulu tak puas hati sedangkan juri prosefional dah bagi 5 Ha,” antara Tweet netizen kepada Sharnaaz Ahmad.






Walau bagaiamanpun, Sharnaaz dilihat akur dengan keputusan pihak juri yang memberi ‘Lima Ha’ kepada Rayza selain menerima pujian kerana kreativitinya mengolah lagu di minggu muzikal.

“Pendapat masing-masing.. Tapi keep up the good work Rayza Cuma please cuba benda lain bro,” tegur Sharnaaz menerusi entrinya baru-baru ini.

Minggu muzikal MLM 2016 menyaksikan kumpulan Cham, Puteh dan Enjen berada di 'bottom three' sebelum penyingkiran diumumkan.

Maharaja Lawak Mega 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).