Bunga Citra Lestari Ada Sebab Beri Standing Ovation Kepada LOL

16 Mac 2016. 1.31 PM
13,163
Zon Lawak
Bunga Citra Lestari Ada Sebab Beri Standing Ovation Kepada LOL

Juri tetap Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016), Bunga Citra Lestari (BCL) menjelaskan persembahan LOL memberi kesan kepada dirinya.

Menurut BCL, persembahan LOL yang dianggotai oleh Tauke, Angah dan Ajak seolah-olah bermain dengan emosi terhadap mereka yang menonton.

“Secara peribadi keseluruhan persembahan LOL di minggu ketujuh memberi impak kepada saya. Mereka muncul dengan drama serta muzik yang seakan membawa diri saya menyelami cerita tersebut sehingga bermain dengan perasaan sedih, marah dan ketawa,” katanya kepada Astro Gempak.

Jelas BCL lagi, persembahan LOL di Muzikal antara persembahan terbaik yang pernah dibawakan oleh mereka di MLM 2016.

“Saya memang suka dengan kumpulan LOL dan persembahan di minggu ketujuh adalah yang terbaik pernah saya saksikan. Saya fikir pemilihan muzik mereka bagus dan dibantu dengan lawak yang cukup simple. LOL pandai berkomunikasi di antara muzik dan persembahan mereka di atas pentas,” katanya lagi.

Dalam pada itu BCL mengakui teruja dengan persembahan dan perubahan positif yang ditunjukkan para peserta MLM 2016.

“Jika dibandingkan dengan minggu yang sebelumnya, para peserta jauh lebih bagus di minggu Muzikal. Saya sendiri teruja melihat teruja dan seronok melihat persembahan mereka yang kreatif. Secara tidak langsung ianya membantu peminat untuk terus menyokong  dan menonton MLM 2016,” ujarnya.

Minggu muzikal MLM 2016 menyaksikan kumpulan Cham, Puteh dan Enjen berada di 'bottom three' sebelum penyingkiran diumumkan.

Maharaja Lawak Mega 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Layari www.maharajalawakmega.com.my  untuk info lanjut.

Teks Oleh: Khalid Rahman

<object classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" id="player-element" width="512" height="288" codebase="http://fpdownload.macromedia.com/get/flashplayer/current/swflash.cab"><param name="movie" value="http://static.movideo.com/flash/movideo_player.swf" /><param name="quality" value="high" /><param name="bgcolor" value="#000000" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="wmode" value="window" /><param name="flashVars" value="apiKey=movideoZonLawak&alias=flashApp&playerId=movideoZonLawak_flashApp_1458106479439&mediaId=1472509"/><embed src="http://static.movideo.com/flash/movideo_player.swf" quality="high" bgcolor="#000000" width="512" height="288" name="player-element" align="middle" play="true" loop="false" quality="high" allowScriptAccess="always" allowFullScreen="true" type="application/x-shockwave-flash" wmode="window" pluginspage="http://www.adobe.com/go/getflashplayer" flashVars="apiKey=movideoZonLawak&alias=flashApp&playerId=movideoZonLawak_flashApp_1458106479439&mediaId=1472509"></embed></object>


Artikel Berkaitan


Komen