Barisan 10 peserta Kilauan Emas Otai sudah diketahui pada konsert minggu pertama Rabu lalu dan mereka ialah lima bekas juara Kilauan Emas dan selebihnya dipilih menerusi pusingan ‘Hot Seat’.

Lima juara (mengikut musim) yang bakal berentap di pentas KE Otai ialah Ali Norpiah, Fuad, Mior, Arip dan Mustar, manakala peserta ‘Hot Seat’ pula Ben, Elji, Idris, Nas dan Silah.

Bagaimanapun menerusi persembahan 10 peserta pada konsert minggu lalu, jelas menampakkan perubahan pada diri mereka.

Antaranya ialah:

1) Ali – Juara KE musim pertama yang menyanyikan lagu Isi dan Kulit ini nampak lebih konfiden dan yakin di atas pentas. Vokal pun maintain bagus!

2) Fuad – Memang patut pun peserta ini bergelar juara KE musim kedua kerana gaya persembahan, nyanyian mantap. Perubahan ketara Fuad ialah dia berjaya menguasai pentas dengan lebih baik berbanding penyertaannya dahulu.

3) Mior – Mengejutkan apabila Mior tampil ala pahlawan melayu dan menyanyikan lagu asli di pentas. Juara KE musim ketiga ini pun nampak lebih selesa ketika membuat persembahan.

4) Arip – Juara KE musim keempat ini seperti biasa, selamba di atas pentas. Perubahan ketara Arip ialah apabila dia berjaya mengatasi ‘stage fright’nya! Kalau dulu..pegang microfon pun menggigil.

5) Mustar – Pada konsert minggu pertama baru-baru ini, juara KE musim kelima ini mendapat sorakan paling gemuruh! Yang best tu, kalau dulu Mustar ‘sardin’ masa menyanyi, sekarang dah pandai ‘main mata’ dengan kamera!

6) Ben – Kata Ben untuk KE Otai ini, dia nak lari dari imej ‘Bon Jovi’. Kita tengok samada Ben berjaya atau tidak dengan perubahan yang bakal dia lakukan ini.

7) Elji – Selepas bergelar naib juara KE 5, Elji kembali ligat di pentas-pentas nyanyian dan dah ada single sendiri berjudul Bagaimana. Hebat kan?

8) Idris – Semakin ligat membuat persembahan. Semasa bergelar naib juara KE musim ketiga dulu pun dah ligat, tapi sekarang bertambah-tambah!

9) Nas – Dahulu agak pemalu dan pendiam orangnya, tetapi sekarang sepatah ‘reporter’ tanya...10 patah dia jawab tau!

10) Silah – Menyanyikan lagu O-tak ketika konsert minggu pertama, Awie sendiri pun ‘salute’ dengan Silah. Ketika Astro Gempak bertemu Awie baru-baru ini, Awie sendiri mengaku dia pun semput nak nyanyikan lagu O-tak tu! Cayalah!

Oleh itu jangan lupa untuk saksikan konsert kedua malam ini yang bertemakan ADA BERANI? dan para peserta akan diuji dengan lagu-lagu yang bukan genre masing-masing. Bagaimanakah agaknya persembahan yang bakal ditampilkan? Adakah semangat otai masih berbisa masih terus membara dalam diri setiap peserta? Sama-sama kita saksikan.

Kilauan Emas Otai bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras pada setiap Rabu dan boleh ditonton di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) bermula jam 9 malam.

Untuk melihat video persembahan dan perkembangan lain KE Otai klik di sini Kilauan Emas Otai