Sudah banyak kali juga Miss K dengar cerita mengenai kelakuan seorang aktres yang menyandang status ibu tunggal ini. Cerita yang sampai pula bukanlah mengenai masalah attitude atau kerja kerana artis ini sangat dedikasi orangnya.

Dengarnya, artis ini cuba-cuba mengorat pucuk muda. Pucuk muda pun bukanlah dari kalangan orang biasa, tetapi dari kalangan pelakon juga.

Menurut sumber, aktres ini gigih cuba mendapatkan perhatian aktor muda tersebut. Aktor muda ni pun boleh tahan kacak orangnya.

Kalau nak bercakap perihal kerja, tak mengapa juga, tapi aktres ini pula selalu ajak sembang perkara-perkara yang tidak perlu dan tak berkaitan dengan kerja. Ala, macam nak cuba mengayatlah!

Bukan setakat itu saja, aktres ini juga katanya kerap menghantar mesej kepada aktor muda tersebut. Mesej ajak keluar makan, ajak keluar lepak dan sebagainya. Malangnya, aktor ini tak layan pun mesej-mesej yang dihantar oleh aktres tersebut.

Aiyo, ini sudah macam peribahasa Melayu, perigi cari timba. Timba pula tak nak timba yang biasa-biasa, tapi nak timba yang muda dan sado uolls! Miss K juga ada terdengar yang sebelum ini, aktres itu ada juga cuba mengorat seorang pelakon baru berkulit cerah. Kiranya suka test market dengan anak ikan lah ni?

Nasihat Miss K, kalau betul aktres tu mahu bercinta, carilah jejaka yang betul-betul sesuai dengan dirinya dan statusnya sebagai ibu tunggal. Bukan nak menidakkan hasrat aktres ini, kawan-kawan wanita Miss K pun ramai bercinta dengan jejaka yang lebih muda darinya, tapi mereka bercinta dengan cara yang betul.

Kalau dengan cara test market macam tu, gigih nak dapatkan perhatian lelaki muda, nanti orang lain ingat anda tidak serius dan nak main-main sahaja. Jatuh pula market awak nanti. Nanti orang tuduh awak janda gedik, haa masa tu menangis tak berlagulah nanti.. sedih!

Miss K: Tak sabar nak tengok Konsert Kilauan Emas Otai jam 9.30 malam ini di Astro Prima dan Astro Maya HD!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!