Morgan Carey yang merupakan abang sulung penyanyi terkenal antarabangsa, Mariah Carey menggelar adiknya itu wanita sihir kerana enggan membantu kakaknya yang sakit tenat.

Morgan, 51, menyelar sikap adiknya kerana tidak mahu membiayai bil perubatan pembedahan otak dan tulang belakang kakaknya, Alison seorang penghidap positif HIV.

“Kakak kamu tenat dan sedang bertarung dengan penyakitnya, dimana kamu? Kamu fikir kamu seorang yang hebat, tetapi sebenarnya kamu tidak ubah seperti seorang wanita sihir,” katanya kepada The Sun UK.

Jelas Morgan lagi, Mariah tidak pernah melawat kakaknya dan lebih mementingkan anjing peliharaannya berbanding adik beradik sendiri.

“Saya sentiasa berada di sisi Alison sejak dia tidak sihat kerana risaukan keadaannya sedangkan Mariah tidak pernah melawat kakaknya di hospital. Syukur Alison beransur sihat tetapi dia perlu menjalani pembedahan otan dan tulang belakang dengan segera.

“Saya rasa Mariah lebih sanggup habiskan duit untuk makanan anjing peliharaannya berbanding membantu kakaknya yang sedang tenat,” kata Morgan lagi.

Mariah yang memiliki kekayaan hampir RM2 bilion baru sahaja bertunang dengan jutawan kelahiran Australia, James Packer tahun lalu.

Pertunangan mereka mendapat perhatian umum selepas Mariah menerima cincin pertunangan berharga RM20 Juta daripada tunangnya itu.

Sumber Oleh: Daily Mail UK