Bocey Jangan Terlalu Selesa - Shaheizy Sam

19 Mac 2016. 10.13 AM
10,516
Zon Lawak
Bocey Jangan Terlalu Selesa - Shaheizy Sam

Juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016), Shaheizy Sam berharap kumpulan Bocey tidak terlalu selesa dengan kedudukan mereka.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad berkata, walaupun menerima 'Lima Ha', Bocey perlu mempertingkatkan lagi persembahan mereka.

"Saya harap Bocey tidak terlalu selesa  dengan komen dan markah positif yang diberikan oleh juri.

“Persembahan Bocey setiap minggu tidak pernah mengecewakan saya dan rasanya penonton juga. Tetapi saya takut jika terlalu selesa tiada peningkatan dalam persembahan mereka nanti,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Sam, dia tidak berpuas hati dengan persembahan Bocey dan masih menanti sesuatu kelainan daripada mereka  pada minggu hadapan.

“Sejak di minggu pertama lagi saya nampak Bocey tidak perlu terlalu berusaha untuk meraih perhatian juri dan penonton, tetapi saya mahukan kelainan. Sesuatu yang luar biasa dan itu yang saya masih belum dapat daripada Bocey sehingga kini,” ujarnya.

Selain itu, Sam turut mengharapkan beberapa kumpulan lain memperbaiki persembahan mereka walaupun menerima ‘Empat Ha’ daripada pihak juri.

“Prestasi peserta semakin meningkat, terutama keserasian. Tetapi masih ada beberapa kumpulan yang perlu usaha lebih lagi minggu hadapan. 

"Tidak semestinya  dapat ‘Empat Ha’ mereka sudah boleh berasa selesa dan saya sentiasa beri teguran membina sebagai pembakar semangat,” katanya.

Dalam pada itu Sam memuji persembahan kumpulan LOL dan Joras kerana tampil dengan penceritaan yang sangat bagus untuk tema ‘Bebas’ di minggu kelapan.

“Secara jujurnya kumpulan LOL sangat bagus pada minggu kelapan kerana penceritaan yang sangat Smooth dan sangat kreatif. 

"Saya juga tertarik dengan kumpulan Joras tetapi persembahan agak perlahan dan kurang memuaskan. Dua kumpulan ini sangatefortless dari segi persembahan tetapi tetap menghiburkan,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Minggu kelapan MLM 2016 menyaksikan Rayza Mukmin, Enjen dan Puteh berada di kelompok tiga terbawah namun tiada penyingkiran yang berlaku.

Maharaja Lawak Mega 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134)

Layari www.maharajalawakmega.com.my  untuk info lanjut.

Teks Oleh: Khalid Rahman

<object classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" id="player-element" width="512" height="288" codebase="http://fpdownload.macromedia.com/get/flashplayer/current/swflash.cab"><param name="movie" value="http://static.movideo.com/flash/movideo_player.swf" /><param name="quality" value="high" /><param name="bgcolor" value="#000000" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="wmode" value="window" /><param name="flashVars" value="apiKey=movideoZonLawak&alias=flashApp&playerId=movideoZonLawak_flashApp_1458353748110&mediaId=1475087"/><embed src="http://static.movideo.com/flash/movideo_player.swf" quality="high" bgcolor="#000000" width="512" height="288" name="player-element" align="middle" play="true" loop="false" quality="high" allowScriptAccess="always" allowFullScreen="true" type="application/x-shockwave-flash" wmode="window" pluginspage="http://www.adobe.com/go/getflashplayer" flashVars="apiKey=movideoZonLawak&alias=flashApp&playerId=movideoZonLawak_flashApp_1458353748110&mediaId=1475087"></embed></object>


Artikel Berkaitan


Komen