Pasangan Lisa Surihani dan Yusry bakal muncul dalam sebuah program terbaru Astro yang menyasarkan golongan ibu bapa muda, Ebu Babypedia.

Menurut Naib Presiden Perniagaan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, antara isi kandungan menarik dalam Ebu Babypedia ialah himpunan pelbagai petua serta amalan turun temurun dalam membantu ibu bapa menjaga cahaya mata dengan sempurna.

“Contohnya dalam episod pertama, Ebu Babypedia bakal berkongsi tips bagaimana untuk mendapat zuriat. Jadi kepada mereka yang belum menjadi ibu bapa atau mengalami kesukaran menimang cahaya mata, program ini akan menerokai dalam budaya yang berbeza.

“Lisa dan Yusry sendiri akan berkongsi pelbagai kisah menarik selepas mereka bergelar ibu dan bapa,” katanya pada majlis pelancaran program Ebu Babypedia di Fraser Place, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Lisa dan Yusry mengakui mereka banyak menerima pelbagai tips dan petua yang baru sewaktu menjalani sesi penggambaran.

“Kami sendiri sewaktu bergelar ibu bapa, tidak sangka banyak halangan yang terpaksa dihadapi. Baru saya dan Lisa sedar rupanya kepada mereka yang baru pertama kali bergelar ibu bapa tidak diberi tahu mengenai tips atau petua yang berguna.

“Jadi Ebu Babypedia memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendapat pelbagai informasi berguna seperti kami sendiri sewaktu sesi penggambaran yang belajar banyak perkara baru berkenaan penjagaan anak dengan cara yang betul,” kataYusry kepada Astro Gempak.

Sementara itu Lisa berkata, kemunculan mereka dalam Ebu Babypedia bukan semata-mata untuk mengajar mereka yang sudah atau belum bergelar ibu bapa tetapi sama-sama terokai bagaimana menyusuri pengalaman menimang cahaya mata.

“Saya dari dahulu tertarik dengan Edutainment atau Infotainment di mana saya sendiri boleh belajar dan kongsi kepada umum. Saya memang mahu terlibat dengan Ebu Babypedia sebab rasanya ramai ibu yang sedang atau sudah bersalin mahukan program yang berilmiah seperti ini,” ujarnya.

Ebu Babypdia turut tampil dengan pendekatan 360 darjah menggabungkan platform seperti radio Sinar FM yang akan mengendalikan segmen Ebu di radio bermula jam 11 pagi setipa hari Rabu.

Selain itu Ebu juga turut tampil dengna aplikasi yang memudahkan ibu-ibu mencatatkan perkembangan aktiviti si manja dari segi penyusuan, pembesaran fizikla serta pembelanjaan.

Jangan lupa untuk menyaksikan program Ebu Babypedia yang akan mula bersiaran pada 23 Mac, setiap hari Rabu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Layari media sosial menerusi akaun Facebook, MyeBu dan Instagram @my.eBu atau latari www.eBu.com.my untuk info lanjut!