Sufi AF 2015 Rugi RM25,000, Dapur Restoran Terbakar

22 Mac 2016. 1.19 PM
8,617
Hiburan
Sufi AF 2015 Rugi RM25,000, Dapur Restoran Terbakar

Bekas juara Akademi Fantasia (AF) 2015 Sufi Rashid, 25, kerugian RM25,000 selepas dapur restoran miliknya musnah dalam kebakaran pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, bahagian dapur restoran dinamakan De’ Tulang Merah yang terletak di Jalan Kuchai Lama itu musnah sama sekali.

Sufi mengusahakan restoran itu bersama rakan kongsinya penyanyi Edaman Qanda dan penerbit Suria FM Haffiz Aziz sejak tiga minggu lalu.

Sufi berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya sebelum dihubungi pengurusan bangunan memaklumkan kejadian itu.

“Apabila tiba di tempat kejadian, pihak bomba selesai memadamkan kebakaran. Bahagian dapur dan semua kelengkapan masak musnah sama sekali,” katanya yang turut membuat laporan polis sejurus selepas itu.

Sufi berkata, dia tidak tahu sama ada ia perbuatan khianat atau tidak kerana pihak jabatan bomba dan penyelamat masih menyiasat punca kejadian.

Sumber: Harian Metro


Artikel Berkaitan


Komen