Ramona Zamzam Belum Puas Bermanja Dengan Suami

23 Mac 2016. 2.00 AM
15,812
Hiburan
Ramona Zamzam Belum Puas Bermanja Dengan Suami

Hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Ramona Zamzam masih belum puas bermanja dengan suami.

Mendirikan rumah tangga dengan jejaka Palestin, Rami Alashkar pada 1 Mei 2015, Ramona atau nama sebenarnya, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 26, masih belum mempunyai perancangan untuk menimang cahaya mata.

“Sejujurnya, saya masih lagi dalam fasa berbulan madu dengan suami. Kami sendiri melakukan perbincangan dan memberi tempoh selama dua tahun untuk menikmati kehidupan berdua sebelum memikirkan soal cahaya mata.

“Selepas berkahwin, suami baru sahaja habis belajar dan sedang membina kerjaya. Rezeki saya dalam bidang lakonan juga tidak putus-putus. Kami berdua agak sibuk selepas bergelar suami isteri. Saya belum puas bermanja dengan suami. Hampir setahun kahwin, kini kami baru mempunyai masa untuk mengecapi kehidupan bersama,” kata Ramona kepada Astro Gempak.

Walaupun mereka merancang untuk mendapatkan zuriat selepas dua tahun, Ramona tidak menolak takdir jika dia hamil dalam masa terdekat.

“Kami hanya merancang tetapi semuanya merupakan ketentuan Allah. Jika ditakdirkan saya mengandung dalam masa terdekat ini, saya tidak menolak kerana saya percaya itu semua adalah rezeki,” katanya yang ditemui di pertandingan masakan Celebrity Cook Off Challenge.

Dalam pertandingan yang diadakan bersempena dengan PH Food Festival anjuran Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur, Ramona berjaya menyandang gelaran juara.

“Saya sendiri tak sangka yang saya boleh menjadi juara pertandingan ini menewaskan Shakilla Khoriri dan Anding Indrawani. Ini merupakan penyertaan pertama saya dalam pertandingan masakan. Namun begitu, saya akui yang status saya sebagai isteri membuatkan minat saya terhadap bidang masakan bertambah,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Ramona yang popular menerusi drama bersiri Plan Cinta Tak Jadi di Astro Ria bakal muncul dengan telefilem berjudul Telah Ku Ikhlaskan bersama Zizan Nin dan Izreen Azminda di TV3.

Kredit Foto & Video: Instagram @ramona_zamzam & @sunwayputrahotel


@ramona_zamzam mee goreng mamak smellsssss gooooood #SPHFoodFestival2016 #sunwayputrahotelkualalumpur

A video posted by Sunway Putra Hotel KL (@sunwayputrahotel) on


Artikel Berkaitan