Kerana Ayam Goreng, Lee Min Ho Sanggup Datang Malaysia

23 Mac 2016. 1.40 PM
19,696
Hiburan
Kerana Ayam Goreng, Lee Min Ho Sanggup Datang Malaysia

Pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho bakal hadir ke Malaysia Jumaat ini semata-mata kerana ayam goreng.

Sebaik sahaja berita kehadiran Lee Min Ho dihebahkan, peminatnya mula berasa teruja dan tidak sabar untuk bertemu aktor tersebut.

Bagaimanapun kedatangan pelakon yang popular menerusi watak Kim Tan dalam drama berjudul The Heirs ini bukanlah hanya sekadar untuk menikmati makanan itu sebaliknya dia juga terlibat dalam sesi pelancaran restoran francais KyoChon terbesar di Malaysia yang terletak di pusat membeli-belah di Pavillion, Kuala Lumpur.

Selain melancarkan makanan tersebut, Lee Min Ho juga akan meluangkan masa bersama peminat bertuah yang memenangi pas istimewa untuk sesi bertemu peminat.

Kini tinggal dua hari sahaja lagi sebelum pelakon tinggi lampai itu tiba di negara ini dan nampaknya ada peminat sudah mula merangka strategi untuk menyambut kehadiran idola kesayangan mereka sebaik sahaja dia tiba di airport nanti.

Jadi kepada Minoz Malaysia(gelaran peminat, jangan lepaskan peluang untuk bertemu Lee Min Ho Jumaat ini, mana tahu nasib anda boleh selfie dengan Kim Tan kan?


Artikel Berkaitan


Komen