Shah Rukh Khan Kongsi Pengalaman Di Tampar Wanita Tidak Dikenali

23 Mac 2016. 1.41 PM
6,296
Hiburan
 Shah Rukh Khan Kongsi Pengalaman Di Tampar Wanita Tidak Dikenali

Aktor Bollywood, Shah Rukh Khan mendedahkan pengalaman pernah ditampar oleh seorang wanita yang tidak dikenali.

Menurutnya yang juga dikenali sebagai King Khan, kejadian tersebut berlaku di awal 90an ketika dia ingin ke Mumbai untuk mengejar cita-cita bergelar seorang bintang filem.

“Saya tidak pernah tahu kereta api ke Mumbai menggunakan konsep Free Seating. Jadi  setiap kali ada penumpang lain mahu duduk di sebelah, saya tidak benarkan dengan alasan tempat duduk tersebut telah dibayar dan ianya milik saya.

“Salah seorang daripada mereka ialah seorang wanita dan pasangannya. Saya mempelawa wanita tersebut untuk duduk tetapi tidak lelaki yang ada disebelahnya. 

"Kerana tindakan saya itu, wanita tersebut telah menampar saya dan memberi amaran sesiapa pun boleh duduk tanpa perlu meminta izin,” kongsinya.

Bagaimanapun katanya, kejadian tersebut memberi pengalaman berguna dan mengingatkan dirinya tentang kesusahan yang dilalui sebelum berjaya mencipta nama dalam dunia perfileman Bollywood.

Sumber: Indian Express, Times Of India, India TV News


Artikel Berkaitan


Komen