Setelah melihat keserasian antara ahli Running Man, Song Ji Hyo dan pelakon Taiwan Chen Bolin, peminat meminta supaya pasangan Isnin (Monday Couple) Kang Gary bertabah.

Lebih-lebih lagi apabila Chen Bolin merupakan ‘suami’ kepada song Ji Hyo di dalam rancangan realiti berjudul We Are In Love yang diinspirasikan menerusi program We Got Married versi Korea.

Menerusi foto tersebut, jelas kelihatan keserasian yang ditunjukkan oleh pasangan berkenaan dan Ji Hyo juga nampak manja ketika berada disisi suaminya.

Manakala Chen Bolin pula gemar mengusik Song Ji Hyo yang adakalanya nampak malu-malu sewaktu sesi fotografi berlangsung.



Dalam pada itu, video belakang tabir yang didedahkan oleh majalah Marie Claire Taiwan membuatkan peminat Monday Couple mula memberikan pelbagai reaksi dengan memberikan komen-komen mengusik Gary di laman sosial.

Antara komen-komen yang diberikan ialah:

“Alamak Gary, habislah Ji Hyo sudah terpikat dengan Chen Bolin,”

“Kang Gary, cepatlah melamar Ji Hyo nanti melepas!”

“Bertabahlah Gary, hari Isnin tetap hari korang bercinta,”