Kami Tak Kecil Hati Dengan Najib Ali - Puteh

25 Mac 2016. 12.48 PM
5,552
Zon Lawak
Kami Tak Kecil Hati Dengan Najib Ali - Puteh

Kumpulan Puteh tidak mengambil hati kritikan Najib Ali, malah menerimanya dengan hati yang terbuka.

Menurut Puteh yang dianggotai oleh Mamak dan Ali, kritikan Najib terhadap persembahan mereka di pentas Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) baru-baru ini, secara tidak langsung memberi semangat kepada mereka untuk berusaha lebih keras.

“Kami dah tengok balik persembahan dan komen Najib Ali pada minggu ketujuh, rasanya kritikan tersebut sebenarnya beri kami semangat untuk terus berkarya dengan lebih baik di masa hadapan.

“Mungkin kami belum nampak apa kekurangan kumpulan Puteh di atas pentas dari segi idea dan punchline yang mungkin tak sampai,” kata kumpulan Puteh kepada Astro Gempak.

Selain itu ketika mengulas tentang teguran Najib  yang melabelkan lawak mereka belum mencapai tahap program MLM, Puteh berkata, ada lawak mereka yang kurang menjadi.

"Pada minggu ketujuh lawak kami kurang menjadi sehingga menampakkan kelemahan yang ketara.

“Kami menggunakan teknik “Set-up Punch” seperti permainan ping pong. Bila berdua kita tidak boleh menggunakan pentas terlalu besar sebab nanti dialog akan kurang. Jadi mesti cepat bercakap, kalau tidak pentas akan jadi sunyi.

“Mungkin persembahan “Set-up Punch” kami tak berapa tepat walaupun kami dah susun punchline dengan rapi,” jelas Puteh.

Dalam pada itu menurut Puteh, mereka sangat lega apabila tidak tersingkir di minggu kelapan MLM 2016 walaupun dua minggu berturut-turut berada di bottom three.

“Kami rasa lega dengan keputusan minggu kelapan tetapi dalam pada masa yang sama risau kerana kami tidak mempunyai 'fan based' yang kuat seperti kumpulan-kumpulan yang lain.

“Cabaran untuk minggu seterusnya pasti lebih hebat kerana yang tinggal hanya pelawak-pelawak yang sememangnya sudah mempunyai nama di MLM dan pastinya kami lebih tertekan,” ujar Puteh mengakhiri perbualan.

Minggu kelapan MLM 2016 menyaksikan Rayza Mukmin, Enjen dan Puteh berada di kelompok tiga terbawah namun tiada penyingkiran yang berlaku.

Maharaja Lawak Mega 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Layari www.maharajalawakmega.com.my  untuk info lanjut.

Teks Oleh: Khalid Rahman

<object classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" id="player-element" width="512" height="288" codebase="http://fpdownload.macromedia.com/get/flashplayer/current/swflash.cab"><param name="movie" value="http://static.movideo.com/flash/movideo_player.swf" /><param name="quality" value="high" /><param name="bgcolor" value="#000000" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="wmode" value="window" /><param name="flashVars" value="apiKey=movideoZonLawak&alias=flashApp&playerId=movideoZonLawak_flashApp_1458881702083&mediaId=1475090"/><embed src="http://static.movideo.com/flash/movideo_player.swf" quality="high" bgcolor="#000000" width="512" height="288" name="player-element" align="middle" play="true" loop="false" quality="high" allowScriptAccess="always" allowFullScreen="true" type="application/x-shockwave-flash" wmode="window" pluginspage="http://www.adobe.com/go/getflashplayer" flashVars="apiKey=movideoZonLawak&alias=flashApp&playerId=movideoZonLawak_flashApp_1458881702083&mediaId=1475090"></embed></object>


Artikel Berkaitan