Sheila On 7 Sudah Tidak Sabar Mahu Hiburkan Peminat Di Malaysia

26 Mac 2016. 10.15 AM
1,876
Hiburan
Sheila On 7 Sudah Tidak Sabar Mahu Hiburkan Peminat Di Malaysia

Kumpulan muzik Indonesia, Sheila On 7 tak sabar mahu menghiburkan peminat di Malaysia bersempena dengan konsert mereka yang bakal berlangsung esok (Ahad).

Konsert yang diadakan bersempena ulang tahun ke-20 penubuhan dan penglibatan mereka dalam industri muzik ini bakal diadakan di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur.

"Hampir tiga tahun kami tidak ke Malaysia. Kami sudah tidak sabar mahu menghiburkan peminat di Malaysia.

"Kami akan bawakan seleksi lagu popular daripada album pertama sehingga album terbaru," kata Adam selaku pemain bass Sheila On 7 kepada Astro Gempak.

Kali terakhir muncul dengan album yang berjudul Musim Yang Baik pada Disember 2014, Sheila On 7 mahu menggunakan kesempatan ini untuk mempromosikan album terbaru mereka di Malaysia.

"Walaupun muncul pada tahun 2014, kami masih belum mempunyai kesempatan untuk mempromosikan album terbaru kami di Malaysia.

"Jadi kami melihat peluang untuk mengadakan konsert di Malaysia sebagai salah satu medium kami untuk mempromosikan album Musim Yang Baik kepada penggemar Sheila On 7 di sini," katanya lagi.

Untuk peminat Sheila On 7, anda masih berpeluang untuk mendapatkan tiket untuk Konsert 20 Tahun Sheila On 7. Layari laman web www.ilassotickets.com. Tiket dijual dengan harga RM75, RM110, RM150 dan RM190.

Teks oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan


Komen