Bila bercakapa tentang artis Hollywood, pasti ramai yang tahu tentang berita terkini dan sensasi mengenai mereka.

Namun, tahukah anda apa makanan kegemaran bintang Hollywood popular seperti Justin Biever, Jennifer Aniston, Emma Watson dan yang lain-lain?

Adakah mereka ini hanya menikmati makanan yang healthy sebagai satu cara untuk menjalani gaya hidup yang sihat atau mereka juga penggemar karbo atau makanan berlemak tinggi?

Oleh itu, Suudu dedahkan kepada anda tentang makanan yang menjadi pilihan beberapa bintang Hollywood ini:

Emma Watson: Makanan Mexico
Aktres British ini gemar menyediakan tortila telur pada waktu pagi. "Ia memang kepakaran saya. Malah saya juga turut membuat guacamole, salsa dan telur scramble dan kemudian saya akan memasaknya bersama Tortila. Ia senang dibuat dan pada masa yang sama, sangat yummy!," katanya.

Hugh Jackman: Wine dan Keju
Aktor Australia ini obses kepada wine dan keju. "Saya memang suka makan dan saya juga sukakan wine yang punya kualiti. Tiada apa yang boleh menandingi kombinasi keju dan wine yang bagus," katanya.

Scarlett Johansson: Buffalo Chicken Wings
Scarlett Johansson sangat dikenali dengan rutinnya yang gemar bersenam dan mengeluarkan peluh. Sungguhpun begitu, dia tidak pernah mengetepikan makanan kegemarannya ini. "Saya obses dengan buffalo chicken wings. Saya juga ketagih memakannya," katanya.

Miranda Kerr: Ayam Goreng
Model yang sangat superfit ini mengamalkan rutin dietnya dengan mengambil buah-buahan serta sayuran segar. Namun, anda suatu jenis makanan yang tidak dapat dielakkannya iaitu ayam goreng. "Adakalanya, anda mahu sangat makan ayam goreng dan itulah kelemahan saya. Namun, saya tidak rasa ia suatu tindakan yang salah," katanya.

Justin Bieber: Spaghetti Bolognese
Ikon pop ini nampaknya tahu bagaimana menikmati makanan Itali dan masakan Itali kegemarannya tidak lain tidak bukan adalah spaghetti bolognese. Sungguh klasik!

Mariah Carey: Pizza
"Makanan kegemaran saya adalah pizza, malangnya saya tidak dibenarkan untuk menikmatinya," kata Mariah.

Britney Spears: Cokelat
Percaya atau tidak bahawa Britney Spears amat menyukai Chocolate. "Makanan kegemaran saya? Sudah tentu cokelat dan banyak cokelat," katanya. Britney juga makan cokelat untuk menghilangkan tekanan dalam diri dan kehidupannya.

Jennifer Aniston: Nachos
Jennifer Aniston sanggup mengutip Nachos yang terjatuh di atas lantai dan memakannya! "Saya buat sendiri Nachos saya. Senang saja. Saya gunakan tortila dan potong-potongkan dalan bentuk segi tiga, kemudian saya goreng menggunakan minyak kelapa," katanya.

Selena Gomez: Sayur Jeruk
Bekas kekasih Justin Bieber ini memang diketahui sangat obses dengan sayur jeruk (pickles). Makanan ini juga sentiasa diselitkan dalam menu konsert jelajahnya.

Cameron Diaz: Apa saja yang menggunakan bawang putih, minyak zaitun dan lemon
Aktres yang juga penulis, The Body Book ini memang selalu memasak. Apabila ditanya apa juadah yang gemar dimasaknya, dia menjawab: "Apa saja yang menggunakan bawang putih, minyak zaitun dan lemon. Ertinya apa saja hidangan Itali atau perisa Mediterranean yang ringkas.

Kristen Stewart: Sup Tortilla
Aktres ini cukup menggemari sup tortilla dan dia juga pernah berkongsi resepi sup tortilanya itu di dalam majalah Vogue.

John Legend: Ayam Goreng
Penyanyi ini memasak setiap hari bersama isterinya, Chrissy Teigen. John juga handal menyediakan resepi ayam gorengnya sendiri!

Jangan lupa muat turun aplikasi Suudu di IOS dan Android store untuk mendapatkan resepi dan info terkini mengenai Suduu. Anda juga boleh berkongsi pengalaman kisah anda memasak menggunakan resepi yang ada di dalam Suudu.