Suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adenan Abu telah memuatnaik dua foto yang memperlihatkan mereka memakai baju kahwin pada majlis resepsi di Sabah.

Foto tersebut dimuatnaik dengan tujuan untuk berkongsi kenangan manis itu bersama peminat Adira.

Adira kelihatan begitu manis memakai busana yang direka oleh Bella Ammara sambil tersenyum disisi suaminya.

Namun lain pula jadinya apabila ada diantara pengikut Instgram yang naik hantu dan seolah-olah tidak boleh menerima hakikat mengenai hubungan pasangan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang melabelkan suami penyanyi itu tidak menjaga perasaan isteri pertamanya dengan mendedahkan foto tersebut kepada umum.

BACA: Adira Mengaku Isteri Kedua Datuk Seri

Bagaimanapun, seakan-akan mengetahui mereka bakal dikritik, suami Adira atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red telah memuatnaik foto tersebut dengan meletakkan hashtag #akuyangkahwinkauyangpanas terlebih dahulu.