Baguslah Pemandu Teksi Mogok, Orang Cari Uber - Harith Iskander

29 Mac 2016. 8.55 PM
10,073
Hiburan
Baguslah Pemandu Teksi Mogok, Orang Cari Uber - Harith Iskander

Pelawak dan pelakon popular Harith Iskander menyindir pemandu teksi yang mengadakan mogok di Bukit Bintang pada pagi Selasa.

Harith telah memuat naik sekeping foto di laman Instagram (IG) nya dengan kapsyen berbaur sindiran.

Menerusi entri tersebut, Harith menulis, "taxi drivers apparently gathering in Bukit Bintang to protest against Uber and Garab Car, baguslah tu...living unattended potential customers to be forced to call on Uber and Grab Cars to pick them up" yang bermaksud "pemandu teksi berkumpul di Bukit Bintang kerana protes Uber dan Grab Car, baguslah tu...pelanggan terpaksa menggunakan perkhidmatan Uber dan Grab Car untuk ambil mereka."


Pengikut IG Harith rata-rata bersetuju dengan sindiran yang ditulisnya itu dan menganggap pelawak tersebut seorang yang berani menyuarakan pandangan terutama yang melibatkan isu semasa.

Terdahulu sekumpulan pemandu teksi telah berkumpul di Jalan Ampang berhampiran KLCC pada jam 10 pagi, sebelum mereka berarak ke Jalan Bukit Bintang.

Kira-kira 50 hingga 70 teksi berkumpul di hadapan sebuah pasaraya di Jalan Bukit Bintang pada jam 10.20 pagi.

Jalan Bukit Bintang mulai sesak pada jam 10.30 pagi kerana pemandu teksi memberhentikan kenderaan mereka.


Artikel Berkaitan