Sut Unik Datuk AC Mizal Sepanjang MLM 2016

31 Mac 2016. 3.29 PM
11,841
Zon Lawak
Sut Unik Datuk AC Mizal Sepanjang MLM 2016

Hos program Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016), Datuk AC Mizal sering menjadi perhatian setiap kali kemunculannya.

Dengan perwatakan bersahaja, bekas ahli kumpulan 4U2C ini seringkali tampil hebat dengan pakaian sut unik rekaan Fairuz Ramdan  sejak mengendalikan program MLM 2014 lagi.

Lebih hebat, sut yang dipakai AC Mizal di pentas MLM pernah menjadi trending di laman sosial Twitter kerana memaparkan wajahnya sendiri.

Sekali lagi di MLM 2016, setiap minggu AC Mizal tampil dengan rekaan yang lebih ‘menggila’ dan berani. Antara sut unik yang dipakainya berimej 4D seperti Ikan Jerung dan Kereta!

Menarik bukan? Cuba bayangkan apa pula tema sut yang akan dipakai oleh AC Mizal di pentas separuh akhir dan akhir MLM 2016 nanti?

Apa pun jom layan foto suit unik yang dipakai oleh Datuk AC Mizal sewaktu mengendalikan MLM 2016!




Artikel Berkaitan


Komen