Miliki Ganja, Tony Eusoff Diheret Ke Mahkamah Singapura

2 April 2016. 1.15 PM
11,748
Hiburan
Miliki Ganja, Tony Eusoff Diheret Ke Mahkamah Singapura

Aktor telefilem Saloma, Tony Eusoff diheret ke mahkamah di Singapura pada Khamis lalu atas tuduhan memiliki dadah.

Menurut laporan Berita Harian Singapura, Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Hermas Rajiman, 38, didakwa kerana memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Tony didakwa memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja.

Pelakon itu ditahan semasa di dewan ketibaan bas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lalu.

Tony berada di Singapura bagi menjalani penggambaran drama The Hush terbitan Weiyu Films yang bakal ditayangkan mulai bulan depan.

Dadah Kelas A disifatkan sebagai dadah paling berbahaya dan menagihkan.

Jika sabit kesalahan, Tony boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga $20,000 dolar Singapura (RM57,775) atau kedua-duanya sekali.

Sebutan semula kes berkenaan akan dibuat di Mahkamah Negara, Singapura pada 12 April 2016.

Sumber: Berita Harian Singapura.


Artikel Berkaitan


Komen