Kek Terbelah Dua, Linda Onn Terkejut

4 April 2016. 2.51 PM
61,627
Gaya Hidup
Kek Terbelah Dua, Linda Onn Terkejut
Penyampai radio, Linda Onn terkejut apabila dipersembahkan dengan kek lima tingkat terbelah dua, di majlis pembukaan restoran cawangan baru My Mom’s Chicken Rice.

Namun reaksinya itu bertukar teruja apabila melihat kek berkenaan dihiasi dengan fondant berbentuk ayam dan butiran nasi.

Bagaimanapun Linda tidak tahu bahagian belakang kek tersebut akan terbelah dua untuk memberi kejutan bersempena sambutan ulang tahun kedua perkahwinannya.

Kejutan yang diadakan khas buat Linda itu dapat disaksikan menerusi episod akhir Semanis Fondant malam ini.

Episod 13 Semanis Fondant, menyaksikan Shalma telah mengadakan pakatan dengan pengurus Linda, iaitu Kak Gee.

Linda tidak tahu Kak Gee telah menempah kek tersebut, sehinggalah pada hari pembukaan restorannnya.

Bagaimanapun, kek kali ini mempunyai masalah kestabilan kerana terlalu tinggi dan terbelah dua. Bakers team perlu membuat struktur kek yang kuat agar kek tidak terjatuh.

Sementara itu, kali ini Chef Brian dan Imelda mengambil alih tugas Chef Sherry untuk membentuk fondant.

Peluang tersebut digunakan sebaik-baiknya oleh Chef Brian dan Imelda dan mereka akhirnya faham mengapa Sherry selalu mengambil masa lama untuk menyediakan figura fondant kerana prosesnya tidak semudah yang disangka.

Banyak lagi perkara menarik dalam Semanis Fondant episod akhir pada jam 9.30 malam ini eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Artikel oleh Syafiqah Jalal



Artikel Berkaitan


Komen