Amelina Teruja Satu Dapur Dengan Tukang Masak Ratu Elizabeth

4 April 2016. 4.07 PM
8,735
Gaya Hidup
Amelina Teruja Satu Dapur Dengan Tukang Masak Ratu Elizabeth

Ratu Dangdut Amelina teruja apabila diberi peluang berada dalam dapur yang sama dengan bekas tukang masak Queen Elizabeth.

Baru-baru ini di dalam program Dapur 2 Pintu, Amelina telah dijemput untuk membantu Chef Mustafa yang merupakan bekas tukang masak di Istana England.

Peluang bergandingan dengan pemilik restoran Me'nate Steak Hub itu membuatkan Amelina teruja dan momen tersebut adalah yang paling berharga buatnya.

Mana tidaknya, selain dapat merasai tiga jenis hidangan disediakan Chef Mustafa iaitu Stik Daging, Rusuk Kambing Bakar dan Daging Goreng, Amelina yang juga penggemar makanan 'western' ini turut berpeluang untuk mempelajari cara memasak stik dengan betul.

Antaranya cara memotong daging stik mengikut saiz hidangan orang Asia dan Barat, memastikan rusuk kambing yang bakar tidak hangus dan lain-lain lagi.

Lebih menarik lagi, Amelina terlopong ketika Chef Mustafa memanggang stik 'kosong' sehingga masak sebelum meletakkan sos marinate.

Ketika membantu Chef Mustafa memotong bawang dan sayur-sayuran yang diperlukan, Amelina terlalu berhati-hati kerana takut menggunakan pisau yang terlalu tajam sehingga terkeluar slang 'nogori'!

Kepada yang terlepas menyaksikan episod ini, jangan lupa untuk saksikan siaran ulangannya pada Khamis ini, jam 7 malam di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 123).

Banyak lagi momen-momen menarik diantara Chef jemputan dan selebriti yang boleh anda saksikan dalam Dapur 2 Pintu yang bersiaran setiap Khamis, jam 9.30 malam.

Minggu ini, dalam episod 7 Dapur 2 Pintu, Chef Zaidah bakal bergandingan dengan pelakon Datuk Shah Reza.

Apa hidangan yang akan dimasak oleh mereka, sama-sama kita nantikan.

Jangan lupa dapatkan resepi Dapur 2 Pintu di Aplikasi Suudu. Muat turun aplikasi Suudu di App Store atau Google Play. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram/ suuduasia serta  Suudu Facebook/OfficialSuudu.


Artikel Berkaitan


Komen