Episod 1 Trending di Twitter, Netizen Puji Suami Tanpa Cinta

5 April 2016. 4.32 PM
17,074
Hiburan
Episod 1 Trending di Twitter, Netizen Puji Suami Tanpa Cinta

Drama bersiri terbaru yang bersiaran di Astro Ria, Suami Tanpa Cinta mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter, drama bersiri terbitan Datuk Ziela Jalil ini mendapat maklumbalas positif netizen.

Walaupun baru ditayangkan untuk episod pertama semalam, netizen sudah tidak sabar untuk menanti episod kedua Suami Tanpa Cinta yang disiarkan malam ini.

Merupakan karya adaptasi novel tulisan Syamnuriezmil, drama ini menampilkan gandingan sulung Shukri Yahaya bersama Janna Nick sebagai pasangan hero dan heroin.

Selain Shukri dan Janna, drama bersiri arahan MP Roslin ini turut menampilkan Christina Suzanne, Sarah Hildebrand, Mark Adam, Wan Sharmila, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Suami Tanpa Cinta yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).











Artikel Berkaitan


Komen