Hrithik Roshan Rampas Kamera Pihak Media

6 April 2016. 12.47 PM
4,227
Hiburan
Hrithik Roshan Rampas Kamera Pihak Media

Aktor Bollywood, Hrithik Roshan bertindak merampas sebuah kamera digital milik seorang pengamal media di India.

Kejadian tersebut berlaku sewaktu aktor kelahiran Mumbai itu sedang berada di set penggambaran drama terbarunya, Mohenjo Daro.

Laporan awal menyebut pengawal peribadi Hrithik memberi amaran kepada Raju Shelar supaya tidak mengambil sebarang gambar majikannya sedang bekerja.

Akibat tidak mengendahkan amaran tersebut, kamera Shelar telah dirampas dan diserahkan kepada Hrithik.

Shelar terpaksa menunggu lama sehingga Hrithik tamat bekerja untuk menjelaskan dia hanya menjalankan tugas dan meminta aktor tersebut untuk memulangkan kameranya.

Namun aktor berusia 42 tahun itu bertindak menyimpan kamera tersebut di dalam keretanya dan memberitahu hanya akan memulangkan kamera tersebut pada keesokannya.

Lebih mengejutkan keesokan harinya Hrithik berkeras tidak mahu memulangkan kamera tersebut dan mendesak Shelar serta pengurusnya tampil memohon maaf namun ianya ditolak secara mentah.

Oleh kerana tidak mendapat kerjasama oleh Hrithik, pihak pengurusan Shelar bertindak memberi amaran untuk membuat laporan kepada pihak polis.

Tidak lama selepas itu, Hrithik akur dan memulangkan kembali kamera kepada Shelar.

 Olahan Semula : Khalid Rahman

 Sumber : Bollywood Life


Artikel Berkaitan


Komen