Kasihan! Aaisyah Dhia Rana Dikecam Netizen Kerana T-Shirt

6 April 2016. 6.25 PM
23,560
Hiburan
Kasihan! Aaisyah Dhia Rana Dikecam Netizen Kerana T-Shirt

Anak kepada aktres Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana dikecam pengguna media sosial gara-gara t-shirt yang dipakainya.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh Che Ta di laman Instagram miliknya semalam, netizen meninggalkan komen negatif gara-gara baju dipakai oleh Aaisyah mempunyai imej anjing.

Ada yang mempertikaian mengapa Che Ta memakaikan Aaisyah baju dengan gambar anjing. Selain itu, ada juga pengikut di laman Instagram Che Ta yang melabel aktres itu jahil.

Lebih memburukkan keadaan, ada juga yang mendakwa Che Ta tidak tahu hukum serta tidak boleh membezakan perkara yang buruk dengan yang baik.

Menerusi kemaskini laman Instagram Che Ta, aktres drama bersiri Kak Mar itu dan keluarganya kini sedang bercuti di Eropah.






Eh eh menari cha cha pulak dia #RCWtakesEurope #ZSRCWtour

A video posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


Artikel Berkaitan


Komen