JoHaRa Sanggup Tinggal Konti Untuk Cabar Peminat

9 April 2016. 2.30 PM
4,575
Hiburan
JoHaRa Sanggup Tinggal Konti Untuk Cabar Peminat

Pengemudi rancangan pagi JoHaRa Pagi ERA, Johan, Haniff dan Ray sanggup tinggalkan konti untuk melakukan misi pencarian ‘Juara JoHaRa’.

Misi pencarian ini akan berlangsung selama tiga minggu di lokasi terpilih sekitar Kuala Lumpur bermula pada 11 April ini.

Pencarian ‘Juara JoHaRa’  ini merupakan pertandingan yang menguji kemahiran masyarakat Malaysia dengan beberapa cabaran lucu yang akan diberikan.

Antara cabaran yang bakal dilakukan ialah membungkus nasi lemak dengan memakai sarung tangan gusti dan meniup lilin tetapi mengenakan topeng muka.

Pengurus Kandungan ERA fm, Dhan Andreas berkata, pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat di kalangan pendengar selain berpeluang beramah mesra bersama penyampai radio tersebut.

“Objektif kami adalah untuk mencungkil bakat yang ada dikalangan pedengar. Inisiatif ini merupakan salah satu elemen penting bagi kami untuk mengeratkan hubungan bersama pendengar.

“Setiap minggu, JoHaRa akan bersiaran luar pada hari-hari yang terpilih untuk berjumpa para penyokong ERA fm dan pastinya meneruskan misi pencarian ‘Juara JoHaRa’.

“Lokasi pertama Juara JoHaRa pada Isnin hadapan (11 April) di NZ Curry House, Wangsa Maju pada jam 7 pagi hingga 8 pagi. Kami mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke lokasi tersebut untuk menguji kemahiran mereka melaksanakan cabaran-cabaran lucu itu nanti” katanya.

Pendengar yang berjaya menjadi juara pada hari tersebut akan membawa pulang baucer tunai bernilai RM 1000.

Baucer membeli-belah RM 1000 ini akan terus diberikan kepada setiap juara mengikut lokasi pilihan Juara JoHaRa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Juara JoHaRa, layari www.era.fm atau ikuti perkembangan pertandingan ini di laman sosial ERA fm (Twitter, Facebook dan Instagram).

Temui Johan, Haniff dan Ray pada 11 April (Isnin) bertempat di NZ Curry House, Wangsa Maju bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi.


Artikel Berkaitan


Komen