Noraniza Idris Harap Irama Tradisional Dihargai Generasi Muda

10 April 2016. 12.27 PM
4,534
Hiburan
Noraniza Idris Harap Irama Tradisional Dihargai Generasi Muda

Masih lagi tidak putus semangat dalam usaha mengangkat irama Tradisional ke peringkat lebih tinggi, penyanyi Noraniza Idris berharap irama tersebut dapat dihargai golongan muda.

Menurut Noraniza, dia masih merasakan dirinya perlu terus berkarya untuk memberikan sumbangannya dalam industri muzik tanah air.

Lebih-lebih lagi apabila melibatkan lagu-lagu berentak irama Malaysia yang kurang mendapat perhatian oleh golongan muda zaman sekarang.

Selain daripada berkarya, sebagai seorang penghibur sejati, Noraniza Idris juga cukup mementingkan kesempurnaan ketika membuat persembahan kerana baginya acara itu sebagai tanda penghargaan kepada  peminat yang telah memberikan sokongan kepada dirinya.

Ini terbukti menerusi Konsert Lentera Muzik Noraniza Idris Masyhur 30 tahun yang telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini.

Sentiasa mencari kelainan dalam persembahan, konsert Lentera Muzik Noaniza Idris Masyur 30 tahun itu telah menggabungkan enam lagu etnik dan himpunan lagu rakyat fusion berkonsepkan transformasi budaya tarian etnik vs’ street dance’ yang berkonsep ‘battle’ diiringi penyanyi latar.

Dengan adanya gabungan antara elemen-elemen tradisional dan moden itu, Noraniza berharap  mempu menarik minat golongan muda untuk mendengar lagu-lagu irama Malaysia.


Artikel Berkaitan