Pelakon Nas-T gemar menghabiskan masa terluang dengan melayan karenah anak tirinya Nur Sofia (Opi) yang begitu manja.

Menerusi beberapa foto yang dimuatnaik oleh Nas-T dan isterinya, Atita Haris di Instagram (IG) jelas menunjukkan Opi tidak mahu berenggang apabila berada disisi aktor itu.

Malah Opi juga akan menangis apabila Atita bergurau tidak mahu membawa ‘Abe Hite’ (gelaran Nas-T) kesayangannya itu keluar berjalan bersama-sama.

BACA: ANAK ATITA HARIS PANGGIL NAS-T 'ABE HITE'

Melalui satu video yang dikongsi oleh Atita, anak perempuan kesayangannya itu cemburu apabila Nas-T cuba untuk mencium bayi yang berada di hadapannya.

Sebaik sahaja Nas-T menundukkan kepada untuk mencium bayi itu, Opi dengan pantas terus memegang wajah bapa tirinya itu dan menariknya ke tepi sebagai tanda protes.

Video itu telah menerima pelbagai reaksi pengikut IG yang rata-rata meluahkan rasa lucu melihat gelagat Opi yang cemburu dengan bayi comel itu.

Tidak kurang juga ada yang memuji dan kagum melihat cara pelakon itu melayan anak tirinya dengan penuh kasih sayang.

Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto dan video menarik Opi bersama Nas-T yang diambil menerusi IG pasangan tersebut:











? @dj.nas.t

A video posted by ?????? (@atitaharis) on