Derma Sperma, Angelina Jolie Paksa Brad Pitt Jalani Ujian DNA

11 April 2016. 2.58 PM
18,982
Hiburan
Derma Sperma, Angelina Jolie Paksa Brad Pitt Jalani Ujian DNA

Aktres Hollywood, Angelina Jolie meminta suaminya, Brad Pitt melakukan ujian DNA untuk membuktikan dia bukan ayah kepada dua orang anak penyanyi, Melissa Etheridge.

Terdahulu, menerusi sebuah program bual bicara di Australia, Etheridge yang menjalinkan hubungan sejenis membuat pendedahan pernah meminta bantuan Pitt untuk mendermakan spermanya bagi mendapatkan zuriat.

Bagaimanapun menurut Etheridge, dia mengambil keputusan untuk menggunakan sperma penyanyi David Crosby  sehingga berjaya memiliki dua cahaya mata iaitu Bailey dan Beckett.

Akibat pendedahan itu, Jolie mula fsangsi dengan dakwaan tersebut dan percaya mungkin Pitt adalah ayah kepada anak-anak Etheridge.

“Angie mahu isu ini diselesaikan dengan secepat mungkin, jadi dia meminta suaminya untuk menjalani ujian DNA untuk membuktikan Brad bukan ayah kepada anak-anak Etheridge.

“Tetapi Brad menganggap Angie terlalu paranoid dengan kenyataan tersebut,” jelas sumber terdekat pasangan tersebut kepada tabloid di Amerika Syarikat.

Menurut sumber tersebut lagi, bintang filem Maleficent itu akan bersemuka dengan Melissa sendiri untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar sekiranya Brad Pitt enggan melakukan ujian DNA.

Etheridge dan Pitt merupakan kenalan rapat dan pernah membuat persembahan sewaktu hari perkahwinan Pitt dan Jennifer Aniston pada tahun 2000.

Sumber: Tribune, Us Magazine, Gossipcop


Artikel Berkaitan


Komen