Makan Macam Raja, Harga Biasa-Biasa! Wajib Cuba 13 Thirteen Street Cafe.

11 April 2016. 3.28 PM
6,276
Gaya Hidup
Makan Macam Raja, Harga Biasa-Biasa! Wajib Cuba 13 Thirteen Street Cafe.
Pernahkah anda terfikir makan seperti di restoran mewah dengan harga yang sangat berpatutan?

Jika ya, di 13 Thirteen Street Café ada menyediakan pelbagai menu enak mengikut citarasa dan anda pasti gembira melihat harganya!

Ketika Suudu berkunjung ke kafe yang berkonsepkan elegan ini, kami telah dihidangkan empat jenis menu.

Walaupun hanya empat jenis hidangan, sudah cukup untuk penulis isytiharkan ia antara kafe yang akan menjadi kegemaran dan pilihan ramai.


Penulis kata begitu kerana di 13 Thirteen Street Café mempunyai konsep ‘semua ada’ dan menunya pula terdiri daripada makanan tempatan, barat, ikan bakar serta pemanis mulut.

Malah makanannya juga 'cukup rasa' dan enak sebaik sahaja ia masuk ke dalam mulut serta boleh dikatakan semuanya memenuhi citarasa anda.

Penulis mulakan dengan menu Special Waffle Ice Cream. Saat ia dihidang depan mata, dekorasi pemanis mulut ini sahaja sudah mula membuat penulis terpukau.

Rasanya pula memang tidak disangkal lagi, memang enak dan cukup rasa lemak waffle apabila dimakan bersama aiskrim vanilla serta sedikit rasa masam buah beri yang dihidang bersama.

Hidangan kedua adalah Nasi Daging Air Asam. Nasinya sahaja sudah cukup rasa dengan rempah ratus dimakan pula dengan daging bakarnya ia bagai melengkapi makan tengahari anda. Hidangan mewah sebegini hanya berharga RM10.50.

Seterusnya, Grilled Chicken Chop. Daging ayam ini sangat lembut dan rasa rempah marinated cukup sempurna dimakan sekali dengan mash potato dan sos lada hitam.

Andai kata mahukan kemewahan, Suudu cadangkan anda pilih Combo BBQ Ribs & Lamb Shank. Saiz hidangannya cukup berbaloi pada harga yang cukup berpatutan, hanya RM65.90.

Bahagian luarnya dipanggang sempurna sehingga terasa kerangupan pada setiap gigitan. Menu ini disajikan bersama spaghetti, kentang putar, salad dan sos lada hitam.

Kafe milik Fauziah Din dan anak saudaranya Muhammad Izzul Haziq yang terletak di No 45, Jalan Lawan Pedang 13/27, Seksyen 13, Shah Alam ini dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula sarapan pagi pada jam 9 hingga 10.30 malam.


Artikel oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh 


Artikel Berkaitan


Komen