Pelakon Sharnaaz Ahmad meminta supaya netizen tidak terus menilai secara negatif mengenai gandingannya bersama aktres Scha Alyahya sewaktu mengacarakan program Gempak Superstar.

Melalui ruangan komen pada salah satu gambar yang dimuatnaik, Sharnaaz telah membidas kenyataan seorang pengikut Instagram yang mengatakan seolah-olah Scha adalah punca gandingan mereka kelihatan tidak serasi.

Bro honestly la ckp sy x de masalah dgn bro utk pengacaraan atleast bro reti respect penaja dan juri pro. bila diaorang nk bagi komen.cuma sorry to say SCHA smlm tu obviously sgt u potong line bila diaorg (penaja&juri)nk bagi komen..dia tanya soalan ,x sempat juri nk komen dia da tukar topik,adui..learn from mistake.,kalo bro di gandingkn dgn neelofa..100 percent best .just an opinion,” tulis pengikut tersebut.

Komen itu kemudiannya dibalas oleh Sharnaaz:

Anda tak tau apa yg kami lalui di belakang apa yg anda lihat.. Harap faham apa yg jadi itu bukan kami mintak.. Tak perlu kami jelaskan pada semua kenapa bnda itu jadi, cuma sesiapa dalam bidang ini akan pasti faham.. So jangan mudah menghukum tanpa tau apa sebab.. Ini bukan salah siapa siapa cuma masalah taknikal dalam live show.. Cuba kaji,” jelas Sharnaaz.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga turut berterima kasih kepada peminat yang memberikan sokongan dan berjanji akan memperbaiki skil pengacaraannya.

Terima kasih atas komen yg membina dan jugak meruntuhkan.. InsyaAllah akan diperbaiki dari semasa ke semasa.. Saya budak baru belajar ambik monopod tolong jolokan dan selpikan.. Kekurangan datang dari saya harap dimaafkan.. Terima kasih @schaalyahya @faizalfbi76 atas tunjuk ajar dan support yg tinggi pada parpu penang ni.. Buddy for life.

Apa pun tahniah pada krew dan semua peserta #GempakSuperstar dan rakan rakan artis yg menyokong dari setiap sudut media sosial dan anti sosial.. Terima kasih @zara atas sut yg sangat menarik dan kemas ini.. Saya dah rasa macam brad pit bull dah..Dan buat familia @arm07_ maaf sebab tak sempat nak jumpa sebab masa sangat suntuk.. Janji next one insyaAllah.. Tq so much guys and goodnite people.. See u next week السلام عليكم.... #GempakSuperstar #zaramy #zaramalaysia #zara #Nautica #nauticamalaysia #nauticamy,” tulisnya.

Program Gempak Superstar yang bersiaran secara langsung di Studio Pinewood, Iskandar Johor ini diacarakan oleh Scha Alyahya dan Sharnaaz Ahmad.

Peserta program Gempak Superstar mendapat bimbingan daripada Datuk Ramli MS selaku Penasihat Vokal dan Pengarah Muzik, Datin Marlia Musa dan Pat Ibrahim selaku Penasihat Drama serta Hanafi Rosdi bertindak sebagai Penasihat Koreografi.

Setiap minggu, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Amy Mastura bertindak selaku juri tetap disamping seorang pengarah yang akan diundang sebagai juri jemputan.

Pengasas produks D Herbs, Datuk Aliff Syukri selaku penaja utama akan membaca respon penonton di laman sosial mengenai program Gempak Superstar.

Jangan lupa untuk menyaksikan Gempak Superstar setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Layari www.gempaksuperstar.com.my dan gunakan hashtag #GempakSuperstar untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.