Rosyam Nor Dedah Kisah Kongsi Tuala Mandi Dalam Biografi

13 April 2016. 6.00 PM
8,361
Hiburan
Rosyam Nor Dedah Kisah Kongsi Tuala Mandi Dalam Biografi

Berkongsi satu tuala mandi dan jadikan kain guni sebagai selimut antara kisah yang dikongsikan Pelakon dan penerbit drama, Datuk Roysam Nor dalam buku biografinya, ‘Kisah Impian Jutawan Budak Setinggan’.

Menurut Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, tujuan buku tersebut diterbitkan adalah untuk berkongsi pengalaman sebelum bergelar seorang pelakon dan usahawan berjaya.

“Saya mahu berkongsi dengan masyarakat pengalaman saya yang lahir dari keluarga yang serba daif di kawasan setinggan di Bangsar, Kuala Lumpur sehingga mampu mengubah kehidupan dengan Izin Allah SWT serta bantuan kenalan rapat.

“Bagaimana saya melihat ibu saya pernah lihat mak saya ambil upah cuci baju dengan hanya dibayar RM15 untuk membesarkan anak-anak. Juga bagamana saya dan isteri saya sama-sama menjalani kehidupan susah sehingga ada suatu ketika kami tidak mampu beli susu anak,” katanya di majlis pelancaran buku ‘Kisah Impian Jutawan Budak Setinggan’ di restoran PappaRich, Nexus Bangsar South.

Jelas Rosyam Nor, selain kisah pengalaman tinggal di setinggan, dia turut berkongsi beberapa rahsia ‘besar’ yang membantu kejayaannya dalam dunia seni tanah air.

“Dalam buku ini saya ada kongsi beberapa rahsia yang boleh menjadi panduan kepada pembaca untuk berjaya dalam kehidupan. Amalan tersebut akhirnya meletakkan diri saya di tahap yang sekarang,” ujarnya.

Tambahnya Rosyam lagi, buku ‘Kisah Impian Jutawan Budak Setinggan’ turut menceritakan individu seperti penerbit Filem, Encik Pansha dan Datuk Yusof Haslam antara orang penting yang banyak melonjakkan namanya dalam industri seni tanah air.

Dalam pada itu, Rosyam Nor mengakui dia hanya berkongsi 40 peratus rahsia kehidupan peribadinya dalam biografinya.

“Ada banyak juga yang saya tidak ceritakan dalam buku ini tetapi rasanya cukup sebagai panduan kepada pembaca bahawa kehidupan sebenarnya boleh diubah walaupun kita datang dari keluarga miskin dan tidak mempunyai akademik yang tinggi,” katanya mengakhiri perbualan.

Buku ‘Kisah Impian Jutawan Budak Setinggan’ kini berada semua cawangan MPH, Hasni Book Sotre dan EMAG Book Distributors dengan harga RM24.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM26.90 (Sabah & Sarawak).

Layari Facebook dan Instagram rasmi, Suhan Publication atau email  suhanpublication@gmail.com untuk menjadi ejen jualan buku ‘Kisah Impian Jutawan Budak Setinggan’.

 


Artikel Berkaitan


Komen