Meor, Ben Aku Sunyi Kau Orang Tak Ada - Mustar

13 April 2016. 6.31 PM
16,287
Hiburan
Meor, Ben Aku Sunyi Kau Orang Tak Ada - Mustar

Peserta Kilauan Emas Otai, Mustar, tidak dapat menerima hakikat apabila Meor dan Ben disingkirkan pada konsert suku akhir minggu lalu.

Sebaik sahaja konsert tamat, Mustar berkejar ke bilik sidang media mencari dua sahabatnya itu untuk mengucapkan selamat tinggal.

“Meor, kau keluar dari sini aku tinggal seorang. Aku dah tak ada kawan yang boleh teman aku borak. Aku sunyi lepas ni,” katanya ketika memeluk erat Mior.

Sementara itu Ben memujuk Mustar yang lebih mesra dengan panggilan Wak supaya tidak bersedih dan fokus kepada persembahannya.

“Wak, kau tak payahlah sedih...Kami datang lagi minggu hadapan jumpa kau. Yang penting kau fokus pada persembahan. Kami tersingkir sebab kami tak bagus. Sudah adat pertandingan,” kata Ben.

Meor dan Ben ketika ditemui berkata, mereka tidak kesal disingkirkan kerana sedar nyanyian pada konsert suku akhir tidak sebaik minggu sebelumnya.

“Kami mengaku tidak bagus pada mala mini. Lagipun tema pada malam ini (Rabu lalu) agak sukar untuk kami.

“Lagu Dak-Dak Sekarang adalah tema yang susah sebab kami tak mampu nak hafal lirik lagu yang diberikan. Lagipun saya tak pernah dengar lagu yang diberikan itu,” kata Meor dan Ben ketika ditemui Astro Gempak.

Mala mini, konsert Kilauan Emas Otai sudah memasuki minggu separuh akhir dengan tema  Irama Kenangan Kita dan bakal menyaksikan para peserta berentap di pusingan ‘battle’.

Tinggal enam lagi peserta iaitu Elji, Nas, Idris, Fuad, Silah dan Mustar merebut gelaran juara Kilauan Emas Otai sekaligus memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM150,000.

Jangan lupa saksikan konsert separuh akhir Kilauan Emas Otai pada malam ini di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135), secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras bermula jam 9 malam.

Untuk melihat video persembahan dan perkembangan lain KE Otai klik di sini Kilauan Emas Otai


Artikel Berkaitan


Komen