Jamal Abdillah Sedia Bertanding Sebagai Ahli Politik

14 April 2016. 12.32 PM
4,221
Hiburan
Jamal Abdillah Sedia Bertanding Sebagai Ahli Politik

Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah mengakui tidak akan menolak peluang untuk menjadi calon bertanding semasa pilihan raya, jika diberi peluang.

Bagaimanapun menurut Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, beliau masih belum mempunyai kecenderungan untuk menceburi bidang politik lagi.

"Itu terpulang kepada kepimpinan kita, kalau kepimpinan politik kita rasa itu yang terbaik, rasanya tak mustahil. Saya suka mengikuti perkembangan politik semasa.

"Saya suka baca isu politik tapi saya bagi komen dari segi kemanusiaanlah, kadang-kadang dalam itu suka bertengkar, suka tuding jari pada yang lain, kita daripada bidang yang lain, kita melihatkan diri kita ini seperti manusia biasa," katanya dipetik menerusi  Ruang Bicara melalui saluran Astro 502.

Penyanyi berusia 57 tahun itu turut menyentuh penglibatannya semasa pilihan raya negeri Sarawak, iaitu ketika membuat persembahan pentas sepanjang kempen di beberapa lokasi, antaranya di Limbang, Lawas dan Kuching.

Tambahnya lagi, dia turut menyampaikan beberapa buah lagu dalam bahasa Iban untuk memenuhi permintaan penduduk di kawasan tertentu.

"Saya nyanyi lagu dalam bahasa Iban sekali sebab di sana ramai orang Iban jadi saya cuba penuhi permintaan mereka di sana," ujar Jamal Abdillah.

Sumber : Astro Awani


Artikel Berkaitan


Komen