Datuk AC Mizal Tukar Imej Demi Sembang Teh Tarik Kaw

18 April 2016. 8.54 AM
16,118
Zon Lawak
Datuk AC Mizal Tukar Imej Demi Sembang Teh Tarik Kaw

Pengacara popular, Datuk AC Mizal mengubah imejnya untuk mengendalikan program bual bicara terbaru, Sembang Teh Tarik Kaw (STTK).

Program STTK yang bakal bersiaran bermula 6 Mei di Astro Warna dan Astro Mustika HD ini bakal memaparkan sisi berbeza AC yang belum pernah ditampilkan.

"Ketika saya mengendalikan program seperti Maharaja Lawak Mega (MLM) atau program-program lain, karakter saya lebih havoc. Namun begitu, untuk mengendalikan STTK, saya menyuntikkan elemen serius dan saya juga mengurangkan sedikit karakter havoc.

"Imej saya dalam program STTK juga berbeza. Jika selalunya dalam MLM orang akan lihat saya memakai suit berwarna-warni, menerusi STTK, saya banyak memakai suit berwarna gelap dan saya juga memakai cermin mata untuk menampilkan kelainan dan memperlihatkan sisi serius saya," kata AC kepada Astro Gempak.

Program STTK akan memberikan kelainan berbanding format asal program tersebut, Sembang Teh Tarik yang pernah dikendalikan oleh AC beberapa musim sebelum ini.

"Jika program Sembang Teh Tarik menjalani penggambaran di kafe-kafe sekitar Lembah Klang, STTK menyuntikkan elemen berbeza kerana ianya menjalani penggambaran di dalam  studio. STTK juga lebih menarik kerana ianya terbahagi kepada beberapa segmen.

"Kalau dulu, Sembang Teh Tarik hanya ada sesi temubual saya bersama selebriti undangan, STTK pula akan menampilkan sesuatu yang lebih segar. Segmen baru seperti stand up comedy, permainan menarik dan sesi karaoke bersama selebriti turut diperkenalkan," kata AC.

Antara selebriti yang menjadi jemputan untuk STTK ialah Datuk Hans Isaac, Sharnaaz Ahmad, Lisa Surihani, Yusry Abd Halim, Johan dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Sembang Teh Tarik Kaw bermula 6 Mei ini , jam 10.00 malam di Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134).


Artikel Berkaitan


Komen