Cili Padi Antara Makanan Yang Boleh Membakar Lemak!

19 April 2016. 1.14 PM
10,073
Gaya Hidup
Cili Padi Antara Makanan Yang Boleh Membakar Lemak!

Ramai di antara kita sering mengelak untuk makan sebagai alasan sedang berdiet dan menurunkan berat badan.

Namun, tanpa mereka sedari makanan yang diambil bertindak sebagai agen pembakar lemak.

Kepada yang sedang berdiet, apa kata anda amalkan 6 jenis makanan pembakar lemak ini.

1.  Daging Ayam dan Itik (tanpa lemak)

Lemak pada daging itik dan ayam yang telah dibuang adalah antara makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak. Ini kerana tubuh mengunakan lebih banyak kalori untuk mencerna. Secara tak lansgung proses bakar lemak perut dapat dimaksimumkan.

2. Telur

Telur juga merupakan sumber protein yang seimbang dan sangat baik untuk membantu membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot apabila anda kehilangan berat badan.

3. Cuka

Diperbuat daripada asid yang boleh membantu badan memecahkan lemak yang berlebihan. Cuka bertindak bakar lemak perut dengan berkesan.

4. Limau

Buah-buahan jenis limau mampu meningkatkan tahap insulin dalam badan untuk membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren juga mengandungi serat rendah kalori dan kadar air yang tinggi membantu anda rasa kenyang lebih lama.

5. Cili Padi

Lagi pedas cili itu, lagi bagus kesannya dalam meningkatkan metabolism. Semakin tinggi kadar metabolisme, semakin cepat dan banyak lemak di perut dibakar  dan disingkirkan.

6. Bijirin

Membantu mengawal kadar insulin ditahap yang rendah untuk meningkatkan metabolisme anda. Proses bakar lemak perut dapat dilakukan. Semakin banyak lemak yang dibakar, semakin cepat berat badan anda berkurangan.

Sumber: FB Seri Kehidupan Abadi


Artikel Berkaitan


Komen