Tinggal beberapa jam sahaja lagi juara Kilauan Emas Otai bakal diketahui, namun siapa di antara empat finalis yang bakal menyandang gelaran tersebut?

Empat finalis tersebut ialah Fuad (Juara Kilauan Emas 2), Mustar (Juara Kilauan Emas 5), Idris (Naib Juara Kilauan Emas 3) dan Nas (tempat kelima Kilauan Emas 4) bakal berentap merebut hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 dan trofi.

Jika dilihat pada populariti, Mustar atau lebih mesra dengan panggilan ‘Wak’ mempunyai peluang cerah untuk bergelar juara, namun tidak mustahil akan berada di tempat terendah sekiranya peserta berusia 47 tahun ini tidak konsisten dalam persembahannya pada malam ini.

Fuad juga mempunyai potensi besar untuk bergelar juara kerana berada di kedudukan pertama pada tiga konsert berturut-turut dengan persembahannya yang sangat baik.

Bagaimanapun kehebatan Idris dan Nas tidak boleh dipandang rendah kerana kedua-kedua peserta ini walaupun tidak bergelar juara pada musim terdahulu, mereka sangat bagus dan sering mendapat pujian daripada juri di Kilauan Emas Otai.

Malam ini, keempat-empat finalis bakal berentap menerusi dua pusingan iaitu nyanyian solo yang bertemakan bebas dan duet bersama artis jemputan.

Senarai lagu solo dan duet yang akan dinyanyikan finalis Kilauan Emas Otai pada konsert akhir malam ini tetapi pasangan duet para finalis Astro Gempak rahsiakan dulu ya, kalau nak tahu kenalah tonton konsert akhir malam ini.

1) Idris - Pada Syurga Di Wajahmu: Nash (solo), Ingin Tahu: P.Ramlee & Nona Asiah
2) Mustar - Kini Hatiku Telah Tertawan: Ahmad Jais (solo), Menunggu Nasi Minyak: Hail Amir & Uji Rashid
3) Nas - Ku Tak Bisa: Slank (solo), Jika Kau Tiada: Erra & Yusry
4) Fuad – Jangan Bersedih Lagi: Anuar Zain (solo), Joget Cinta Sakti: Rosma & Haziq

Konsert akhir Kilauan Emas Otai bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras malam ini di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) bermula jam 9 malam.

Untuk melihat video persembahan dan perkembangan lain KE Otai klik di sini Kilauan Emas Otai