Pihak Astro dengan kerjasama Broadway Media Sdn.Bhd berbesar hati menawarkan pengisian serba baru kepada pencinta program dan filem Indonesia.

Kepelbagaian kandungan ‘fresh’ yang ditawarkan boleh dinikmati menerusi dua saluran iaitu Bintang (saluran 141) dan Pelangi (saluran 142) dalam pekej Indo Pek dengan harga berpatutan iaitu RM12.00 sebulan dengan akses 24 jam.

Menurut Pengurus Saluran Astro Citra & Pakej Indo Pek, Amal Ziaq Nawawi, saluran tersebut telah mendapat sambutan hangat sejak dilancarkan dan mempunyai kelompok peminat yang tersendiri.

“Seiring dengan komitmen Astro untuk memberikan pengalaman menonton yang tiada bandingnya kepada para pelanggan, beberapa pembaharuan daripada segi kandungan disertai dengan pakej visual grafik yang lebih segar dan bertenaga turut diperkenalkan sebagai daya penarik untuk menambah baik nilai pilihan yang ditawarkan menerusi saluran Bintang dan Pelangi.

“Dengan harga serendah RM12 sebulan, ia ternyata memberikan nilai pulangan yang cukup berbaloi kepada pelanggan sasaran kami terutamanya yang gemarkan kandungan hiburan Indonesia tanpa henti.

“Dengan kolaborasi bersama syarikat pembekal kandungan iaitu Broadway Media Sdn Bhd juga telah mengukuhkan lagi aspirasi Astro untuk terus membariskan program hiburan Indonesia yang berkualiti tinggi kepada para pelanggan,” katanya.

Dalam ada itu, sebagai tanda penghargaan di atas sokongan yang diberikan selama ini, kesemua para pelanggan Astro termasuk pelanggan Pakej NJOI berpeluang untuk menikmati sajian program hiburan Indonesia 24 jam tanpa henti menerusi kedua-dua buah saluran ini secara PERCUMA mulai 15 hingga 30 April 2016.

Saluran Bintang akan menyiarkan program-program hebat seperti drama sinetron serta himpunan filem-filem menarik termasuk filem yang telah memenangi anugerah antaranya Tuyul (*Best Horror New York Film Festival 2016), Kukejar Cinta Sampai Ke China (*Box Office 2015), Tarot, Doea Tanda Cinta, Mencari Hilal dan Hijrah Cinta.

Peminat sinetron juga bakal dihidangkan dengan barisan sinetron terbaik yang bakal menawan hati penonton seperti Tukang Bubur Naik Haji, Cinta Ilahi dan Demi Masa.

Manakala saluran Pelangi pula bakal menyiarkan program-program televisyen yang meliputi kandungan popular dari pasaran Indonesia yang meliputi genre muzik, drama, infotainment, hiburan, berita dan variasi.

Menariknya lagi, saluran Bintang juga merupakan penyiar rasmi untuk pelbagai acara penganugerahan yang berprestij seperti Festival Filem Indonesia Piala Citra 2016.

Untuk melanggan sila ikuti langakah di bawah:

1. Perkhidmatan butang merah di saluran Astro 130

2. Pilih Pakej Indo Pek

3. SMS kod yang tertera ke 32999